Sempena malam tahun baru Cina...kami pergi jjcm area PD ...dah lama tak makan ikan bakar best..
dulu restoran nelayan tu tutup utk renovation....sekarang baru bukak ..so saja gi test tengok tempat dan promote tempat makan kat
blog sana tuuuuuu
kedudukan medan ikan bakar ni jauh sedikit dari Tiara Beach Resort ,jika anda jenis orang yg sanggup utk jalan-jalan cari makan ..boleh la cuba tempat ini ..
dulu tempat ni dipanggil restoran nelayan,terletak di pelabuhan nelayan,berhadapan dgn perumahan kastam.
sebelum diubahsuai ..saya dah beberapa kali makan di sini kerana ikan yg segar dan nasi lemak daun pisang yg ummmmmmphh!
cara hendak ke
MEDAN IKAN BAKAR ,MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
lebih kurang 20km dari Tiara Beach Resort.
gigih aku edit map lukis tambah medan ikan bakar ni...tak per..tolong promote org kita gak

**ikut arrow merah hingga satu simpang yg ada signboard biru Pantai Tg Gemuk atau signboard Seaview Restaurant ..kalau tak tau leh ler call aku cewahhhhhhh..
**updated : ada signboard arah BANDAR PORTDICKSON ..nampak signboard tu..amik kiri
di bawah ini beberapa keping gambar sekitar restoran.

bangunan baru medan ikan bakar majlis perbandaran port dickson

utk lebih eksklusif..boleh la cuba makan di D'terapung...dikelilingi air

atau medan selera ..beberapa kedai pilihan yg ada

pilihan ikan yg segar

suasana di medan ikan bakar...masih baru, bersih dan selesa

mesti cuba! nasi lemak daun pisang... kul 9 mlm dah habis

sambal cicah yg menyelerakan

ikan bakar segar ..ikan siakap..isi lembut gilerrrrrrr...

harga ikan RM22.50 >>rekomen
sotong goreng tepung 3 ekor RM10.50 >>>kurang rekomen
fresh orange 2gelas RM4
kailan ikan masin RM4.50
nasi lemak 3 bungkus ,RM3
sup daging 1 RM8 >>so-so
utk kesenangan...sila telefon dan tempah sebelum tiba supaya tidak menuggu dengan lama
019-3970249
019-6079069
p/s: nak beli MADU TUALANG?jom tengok apa best sgt madu tualang ni