Apakah motivasi anda utk dtg keja selepas cuti panjang ? hiks.. 4 hari kira panjang la kan selain dari cuti bersalin ..
Dah 2 kali cuti panjang kami tidak ke mana2..tidak kemana2 tu maknanya pergi bercuti tido tempat lain selain dari rumah sendiri..
Cuti raya cina aritu dok rumah ajer…bwk anak2 pegi main air kat tiara saja ..
Baru ni cuti 4 hari…duduk rumah jugak ..just bwk anak2 gi KL Bird Park ….simpan $$ utk cuti2 akan datang ..hiks
Nasib ler jugak cuti ni dikira bermakna jugak sbb sempat lah saya berjuang mengsisihkan barang2 yg tak guna yg dikategorikan sampah buat penuh store dan rumah saja …
Hari sabtu :
mode bibik ON!tapi tak sepenuh nya sbb kain baju tak berlipat jugak hiks…ini tak tau lah nak atasi masalah malas lipat baju…
mengemas laman …buang pokok2 yg hidup segan mati tak mau…
Hari Ahad :
Mode mengemas stor ,mengemas bilik mainan dan mengkelaskan toys yg hendak dibuang ..buang sbb dah tak cukop screw patah sana sini…yg tak leh nak main lagik dah
Mengubah rak barang di dapur letak ke yard…lapang sudah dapur ku….byk betul ‘sampah’ yg disimpan..konon sayang2 nak buang..tapi menyemak saja …
Mak mentua datang singgah ..
Hari Isnin
Lawatan sambil belajar utk anak2 …hihiihih bawak gi taman burung jer …tak penah pegi sebelum ni
Lepas tu asben ajak lajak ke genting tapi cadangan ditolak sbb saya tak mau drive dikala asben mengantuk nak turun genting nnt…
Hari Selasa
Beli sarapan bekfes di taman ….
Lepas tu melawat ofis asben ..
Lepas tu melawat kawasan rembau ala2 YB melawat kawasan…saja asben bwk tgk2 rumah undang rembau …pastu pegi empangan tgk pencawang letrik
Hahaha best sungguh lawatan percutian kami :P
perjuangan melipat kain baju selesai jugak akhirnya
Lepas ni nak masak sendiri nasik lemak..kat area s2 ni takda yg sedap nasik lemak nya..
biasa asben beli nasi lemak mambau …best jugak..
Kat opis asben…mereka mengamalkan 5S …kagum jugak lah..semua benda dilabelnya …penyusunan file yg sistematik ..suis lampu plug bagai semua label
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
-
Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah
jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah
pulak k...
1 week ago
No comments:
Post a Comment