arini sabtu sepatutnya kami berada di melaka,menghadiri perkahwinan sepupu suami dan pergi perhimpunan keluarga kat pengkalan balak melaka.
Tapi aku masih di VHS2 ni haaa..hanya suami dan aiman yg pulang ke melaka.
Kita hanya merancang ,..Tuhan yg menentukan.
Aisya kena demam campak,hari jumaat semalam naik dgn banyak sekali.
Aku amik cuti utk jaga aisya.
Tak sampai hati nak bawak aisya keluar balik melaka atau kemana2..kesian kat dia ..tak selesa kan..
Hari isnin ni pon terpaksa amik EL kerana bapak mertua pengasuh meninggal pagi tadi.
Walaupon shcedule aku bizi utk minggu depan..tapi apakan daya...
nak ikut kerja sampai bila pon tak habis kan..
Hari khamis yg lepas hari yg paling2 sibuk
pagi-845-930 :testing ic
9.30-12.30 : training
12.30-1.30 :lunch
1.30 : masa ni la aku curik2 upload iklan umah akak aku...
petang : 2 -3 ptg : meeting
3-3.45 : fire drill
4-6.40 : meeting huwaaaaaaaaaaaaaaaa
cuba lihat masa mana aku nk berpoya2 huhuhuhuhu..tak leh merayap blog org.tak leh merayap masa makan..huhuhuhhu
tu la..masa tak sibuk kena hargai betui2...amik kesempatan merayap puas2 hahahah
psssstt...panas betul iklan umah kak aku tu..aku iklan kat mudah...kak aku kata tepon dia tak henti berdering2 ..hari ni saja 10 org datang tengok..harap2 ada yg sangkut lah ..leh dpt komisen kat aku sket hahahahhahaahahhaha..ekon sebijik pon ok :P
Pre released GTA VI, perbandingan RDR2 vs GTA V
-
Memandangkan game GTA VI tak lama dah nak realeased jadi aku saja la nak
coretkan perbandingan 2 game open world ni memandangkan aku dah penah main
gam...
1 day ago




