August 2011 | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA

Thursday, August 25, 2011

TIPS MURAH REZKI ..

sempena bulan ramadhan ni..ramai amik kesempatan menghulurkan derma kepada yg memerlukan ...tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima ..lepas ramadhan pon elok diteruskan ..
arini nak share ....aku suka baca blog hafizal --keja dia jurukur tanah..byk tips yg dia share...dia selalu jumpa org2 bisnes..org2 kaya..so dia rajin bertanya..mcm mana derang boleh berjaya dan sebagainya...kebanyakan tips yg mereka amalkan..10% + 2.5% ..

apa itu 10% dan 2.5% ..?salah seorang org yg dia jmpa tu kata..keuntungan yg dia dapat..dia dahulukan 10% utk belanja utk ISLAM ..2.5% lagik adalah zakat...

insyallah sama2 kite amalkan...tgk mcm senang..tp bila dah dpt untung tu mula la kan nk berkira2....nak baca lagik boleh terjah blog  http://mindahartawan.com/ ..cerita pasal pelaburan tanah,..rumah..emas etc...

lagik satu...jgn lupa bagi kat MAK ....berkat ..mintak mak doa lagik bg kite murah rezki..berjaya dlm biznes ..
kite bagi mak gembira...Allah akan bagi balasan segera kat kite ..apa2 yg kite buat baik kat MAK ..insyaallah....tu jer..tiba2 jadik baik pulak entri ni heee..

selamat balik kampung..harap kite semua selamat sampai ..selamat balik semula...

Tuesday, August 23, 2011

hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.





Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.





Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


source : dari email

Monday, August 22, 2011

BALUNG AYAM DIA KATA!!

Sabtu baru ni gi cari bahan2 nak pakai raya ..konon2 final shopping lah..tapi rasanya belum final.
Kami kalau shopping sekeluarga..sap sap soii ja..siap!mcm beli kain nak buat baju aritu ..parking kete..masuk pegi section kain buat baju kurung laki..pilih2 color..bayar!tak sampai sejam…tu pon suara aku berkumandang jugak dlm casamoda tu….

Pastu baju2 raya anak aku yg beli time rehat waktu keja..aman..beli awal2 sebelum posa lagik..
Sabtu baru ni misi nak mencari baju kurung aisya lah ngn kasut derang …pastu aksesori tudung aku ..

Niat asal nak pegi bazar kat senawang..atau pon kat giant sebelah bazar tu jer..dah pegi senawang..hujan..nasib baik gak la..aku dgr kat radio harini penuh sesak org kat bazar tu ..

Dah hujan.kami patah balik pegi jusco …masuk2..ada pameran kraf Malaysia…sambar baju batik kat bapak ..

pastu cari baju kurung aisya ….ukur2 sekejap..bayar!haha terkeluar tema aisya sorang2..yg color nak sama..tak da saiz pulak..ni cari kat ground floor ja..pastu naik atas nak cari kasut..keluar balik tak jadik..tgk ramai dok Q pastu ramai kat section budak2 ..makanya aku serabut dan ajak balik hehe

Balik2 tu aku try la..kerongsang labuh yg aku beli tu…beli kat pameran kraf tu ler..tanya harga utk rantai 3 ketui tu…yg corak tradisional tu..rm250!huhuhu amik brooch seketui ja la..

“bang..bang..cantik tak? "sambil dongak2 nak tunjuk kerongsang labuh kat dagu tu ..
“cantik …dah mcm balung ayam dah tu “
adoiiiii!!!! Tolong la bg istilah lain..pastu aku naik atas try lagik skali..ada betui gak dia ckp tu
pastu sekarang aku dok pikir nak pakai ke tak raya ni..huhuhuuuhuh
DSC07013

Thursday, August 18, 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MELABUR DALAM UNIT TRUST

salam ramadhan ke 18 ...hari ni saya just nak share apa baik buruk nya ..melabur dalam unit trust ni..
mula2 sekali nak tekan kan...semua benda ada risiko ..kite beli kete ada risiko..risiko apa?risiko eksiden...kite beli rumah pon ada risiko..risiko tak siap...kite nak niaga pon ada risiko..risiko rugi  dan sebagainya..pendek kata..semua ada risiko...berani tak berani jer kite nak amik..

kalau tak berani duduk lah kite takat tu..tak gerak mana ..macam aku ni..tak berani amik risiko berenti keja lagik..makanya duduk la sini merungut itu ini..buat keja tak suka dan sebagainya ...

macam tu jugak dgn pelaburan....

benefit
ni adalah antara kebaikan2 melabur dalam unit trust..ada 6 yg tersenarai..tak perluah saya huraikan..rasanya jelas ayat2 yg ditulis tu

benefitrisk
ni pulak risiko2 yg perlu dipertimbangkan kalau nak melabur unit trust

risks
risiko berkadar langsung dgn return..makin tinggi risiko..makin byk return...

cara nak test tahap risiko yg berani kite amik ..contoh sederhana..tinggi ..rendah ker.. boleh buat sleep test
kalau malam tido lena..maksudnya boleh ler amik risiko yg tinggi atau sederhana..
kalau malam nk tido asyik dok pikir duit yg nak dilaburkan tu jer...so amik tahap yg rendah..

kite boleh analisis model utk melabur kat kelas aset tertentu berdasarkan tahap risiko yg pelabur berani amik dan jugak objektif pelabur..

jika berminat >>contact saya 019-2616765 ...

Tuesday, August 16, 2011

LAGU DAN DRIVING ...

sekarang ni kalau korang perasan ..kalau perasan hehehe...aku dah kurang update cerita2 peribadi..ntah jadi malas pon yer..pastu tak de menda sangat la nak cete..kadang2 tu rasa..eh menda ni perlu ke update?

minggu ni aku drive sendiri ..tak carpool..sbb tak mau kelam kelibut ...kalau carpool aku kena gerak keluar rumah awal...patah balik ke senawang..tapi jimat la sket duit minyak tol...kalau aku drive sendiri aku leh rileks sket ..jalan pon tak jem keluar lewat ..aku drive pon rileks..hehe sbb masa carpool bulan posa ni aku kadang2 terlewat sbb jem..715 baru leh gerak dari senawang ..makanya aku terpaksa memecut ..sampai opis sebelum kul 8...aku sorang2 tak kisah...tambah2 minggu ni radio dah start main lagu raya...aku drive pon ikut lagu..time lagu raya aku dok lane tengah..layan lagu  ...time iklan ngn lagu tak suka..aku dok lane kanan ..tekan minyak hehehehhe..

persiapan raya tak lengkap lagik...yg utama..tudung belum beli ..adoi tak da idea nak pakai tudung fesyen apa..baju kurung utk aisya pon belum lagik..aritu gedik tak mau buat siap2..nak beli konon..dah skrg belum cari huhuhuhu....kueh raya ala kadar saja...tempah pon sikit2 ja..tahun ni tak buat langsung..tahun lepas ada cobaan baut kueh paling mudah..tapi aku serik..hehe letih rasa dok bakar kueh ..waktu tu rasa..elok la oder..

langsir pon malas nak gi cari tukar baru...haritu plan nk tukar sheer jer ..org dah datang ukur kat rumah..tapi mood kureng sket nak mendeco rumah..tangguh dulu lah..tahun depan la kot..sekalik ngn cat..tu pon kalau rajin ...


Thursday, August 11, 2011

SUMBER UNTUK MELABUR DALAM UNIT TRUST

org dok kalut pasal posa dan raya..aku dok kalut pasal unit trust hehehe....

semalam pegi jumpa prospek...tahniah kerana mengambil langkah pertama untuk melabur di saat2 market tengah drop sekarang ni ..terima kasih kerana mempercayai saya sebagai perunding anda :)

tadi pegi MAA HQ ..wahh ramai nya orang nak submit form..saya jer submit utk bukak akaun ..derang seme submit slip tambahan pelaburan...org amik kesempatan masa harga unit tengah rendah sekarang ..

ok yg saya nak share kat sini..cara nak mula melabur dalam unit trust ni

1.Melalui skim EPF akaun 1 ..yg ni boleh rujuk blog saya utk keterangan lanjut  >>http://investwithmaaklmutual.blogspot.com

2. Menggunakan tunai ..
minimum utk bukak akaun pelaburan hanyalah RM1k ,
sama ada nak invest lumpsum atau regular...
kalau regular..boleh topup minimum rm200 tiap2 bulan

utk regular boleh direct debit ,dan juga menggunakan kredit kad utk potongan (easy invest)

boleh contact saya utk maklumat lanjut >> 019-2616765 (ana)

Monday, August 8, 2011

REGULAR vs LUMP SUM INVESTING

planning

dah lama kan tak update ..sejak 2 menjak ni tak sempat sket nak layan blog ...
kali ni just nak share artikel dari FIMM's annual publication (UT Today) ..panjang artikelnya  ..tapi saya paste ikut tajuk lah yer ..

regularvslumpsum

regularvslumpsum2

ada lagik sambungan ..pasal asset allocation strategies utk lumpsum investment ..tp saya malas nak paste ..
sesaper berminat nak baca full article..boleh mintak ngn saya yer

source  “Protect The Downside and The Upside Will Take Care Of Itself”
written by Ms. Grace Chan, MAAKL’s Senior Manager of Training &Financial Planning Department.


berminat nak mula? >>contact me 019-2616765 (ana) ,anamusa80 at yahoo.com

Thursday, August 4, 2011

TAK HUJAN TAPI BANJIR ...uhuk!

alkisahnya .....
sebelum tido ..aku masak nasi siap2 utks sahur...pastu biasanya aku basuh beras ngn air kat filter  tu ..agaknya semalam terlupa nak tutup kepala paip...terus naik tido ..

bangun2 pagi ni..dengar bunyi air...eh bunyi air mana pulak..aisya bukak air tandas ke smlm...dok pikir jenuh la bil bulan ni..dari smlm smpai pagi air dok jalan mcm tu jaa..

bukak2 lampu.....maaaaaaaaaaaakkk!!huhu banjir dah dapur kuuuuu...getah kat filter tu tercabut...tekanan air kuat kan waktu malam org tido ...ngn sebok nak panaskan lauk..harung dulu ler lantai basah2 tu..atas kabinet dapur abih dah semua..pastu yg lebih meyayat hati...drawer2 pon masuk air..bertakung!!rosak la kabinet kuuuu huhuhuuhuhu

mula tu igt nak EL pagi ni nak kemas dapur banjir tu..tapi tak jadik lah...sayang lak cuti....buang2 air dulu ..bukak kipas bagi kering semua..balik petang nnt kelam kabut laaa nak kemas dapur balik..huhuhu letih!semuanya kerana kecuaian ku ..
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin