February 2010 | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA

Sunday, February 28, 2010

BEST2!

waktu sekarang dah nak menganjak jam 1..
mata ni dah penat..kepala dah sakit..tapi tak dapat tido lagik
penat sampai tak larat nak makan apa pon..

petang tadi pegi ikea..tak de plan pon..dah alang2 asben pegi kl nak cari barang opis dia..pastu kedai tu tutup pulak..adoiiii ..daripada jadi sia2 tak berfaedah..baik kite ajak gi ikea...

aku dah set..tak mau borong banyak2...nak beli yg tertentu saja...sbb tu tak amik pon troli
dalam tak banyak tu habis gak 5 6 keping note 50 ...
asben pon sebok pilih cari barang deco utk opis dia ..aku heran gak ..tiba2 nak cari bunga pasu..kain alas meja la...masa sebelum pegi tu..tak bitau pon..dah sampai ikea dia yg sebok dari aku ..cehhhh
dah tu...mana cukop tangan tak amik troli kan..sib baik terjmpa troli org tinggal
tapi ok gak..kalau bwk troli dari awal...sure abih banyak lagik

owh tadi dapat shopping dgn bahagia sekali..aisya sgt berkelakuan baik di dlm stroller..tidak merengek apa pon...aiman pulak ditinggalkan kat tempat mainan ...legaaaa!dia main smpai tak nak balik..

esok kerja2 melubangkan dinding pulak,nak gantung langsir roman blind kat bilik anak tu ..[astu frame yg beli tadi...tak sabar!kalau boleh mcm nk suruh en ali buat malam ni gak!

dah nak gi tido...selamat malam!zZZzzzZZZZ

p/s:misi belum settle lagik..ada lagik barang2 nak beli kat ikea tu...tapi kite slow2 pi naaa...bulan depan2 pi lagik :P

Friday, February 26, 2010

SAYA MEMANG TAK PAHAM

-meeting dari pagi sampai 11 malam ...apa ke susah nau ker nak buat keputusan
-meeting lepas kerja sampai 9 mlm . ...ini dikira pengurusan masa yg tidak betul

sehari boleh sabar lagik...ni sampai 3 hari beturut2 meeting sampai malam..
saya memang isteri yg tak paham

aku mmg jahat..setiap sejam call tny..aku tau kacau dia meeting...tapiiiii sebab pengalaman pahit tahun 2005 mengajar aku lebih berhati2...bunyi mcm tidak percayakan suami kan....tak2..aku percaya suami..tapi seperti aku katakan dulu...aku fobiaaa...

Wednesday, February 24, 2010

BARU TAU NAAA PENAT MCM MANA...


selepas ada bunyi2 dalam blog..baru dia kalut nak godam rumput2 tu naaa
rumput ni yg beli kat sg buluh..dah berapa hari baru nak bukak tanam ..yer la keja kan..tunggu wiken baru nak bercucuk tanam...rumput pon dah mcm nak mati..kekuningan dah

kecian tengok dia berpanas ...tapi kalau tak buat sapa nak buat lagik kan..nak upah orang..kecik2 gini sapa nak buat ..
hari pertama ..buang rumput2 liar..gemburkan tanah..tu pon baru separuh...dia dah kata "PENATTTTT"
pastu dok bayangkan mcm mana org dok buat laman luas2 tu.....memang berbaloi la upah org tanam rumput aritu...mmg penat ..mungkin kite tak biasa kerja2 gini selalu..sekali sekala jer kan buat..tu yg penat sgt kot



yg keciannya.....ni nampak mcm hijau lgik kan..tapi esoknya..dah kuning2..macam dah nak mati tu
huhuhu...jenuh dok siram pagi petang nak bagi hidup semula..harap2 ada lagik harapan
baja urea dah beli tapi tak bagi rumput makan lagi...

nnt kalau dah tumbuh elok aku letak gambar taman mini kat luar ni...

APABILA PRIVASI DICEROBOHI

sudah tidak ada mood mahu mengupdate..kerana berasa ada kekangan dalam menulis
nak tulis lebih2 pon tak boleh dah ni...ish geram2 tak leh nak luah isi hati kat blog sendiri
tengah mengumpul kekuatan utk 'buat derrrrrrrrrrrkkkk' dan melupakan seketika apabila nak mula tulis


kalian tidak paham tidak mengapa.....

Tuesday, February 23, 2010

BOSAN

tengah bosan..entri pon jadi bosan

aku dapat emel benda ni

..bila malas update..gini la keja copy paste buh dlm blog :P


• No point using limited life to chase unlimited money.
• no point earning so much money you cannot live to spend it.

• Money is not yours until you spend it.

• When you are young, you use your health to chase your wealth;when you are old, you use your wealth to buy back your health. Difference is that, it is too late.

• How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.

• No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with.

Friday, February 19, 2010

AISYA BELAJAR MELUKIS

@setahun sebulan
lukis cara dia laa..suka hati dia ..
baru belajar kali pertama



Youtube klik sini

Wednesday, February 17, 2010

SUDAH KETEMU POKOK IDAMAN HATI

dah lama tak shopping pokok2...
laman pon hampir terbiar..ni semua kerna en ali...minat dia beralih arah..asik tengok motor kat tenet jer...tu belom ada motor sdiri..kalau ada nnt..ntah2 aku pon dia lupa nak jaga :P

cuti raya cina baru ni..tak balik kampung mana2 ...hanya duduk di seremban
ahad jer pergi bermalam di rumah baru akak kat sg buluh...
dah pegi sg buluh tu...aku dah aim nak carik pokok aku minat

masuk area sini ..macam area kg2 kat bali..yg penuh lukisan..tapi kat sini kampung penuh nurseri..sepanjang jalan kiri kanan ..kedai pokok..kedai pasu..kedai batu pijak..geram2


akak ku bwk datang sini..sbb dia penah dtg sini ..senang nak mintak tawar2



sebab kete dah berat..tak leh nak beli byk2...
asben amik rumput karpet 15 keping ..nak tanam dekat luar pagar tepi jalan tu...dah org majlis tak pedulik semak samun tepi tu..kena la jaga sdiri..
rumput 2x1 kot..rm1.80 jer..murah lah..kalau kat kedai sini mau rm3 kot

pokok kipas idaman hati ..aku amik yg besar terus ..sebab tak sabar nak tunggu pokok besaq..
rm35 ,pasu rm38 ..ni kira sudut aku..suka sgt2..duk dalam rumah..bukak pintu nak tengok pokok selalu..ampaian alih ketepi
aku ada sudut ..dia pon nak buat sudut gak
ni dia punya hasil...kami lawan susun batu sapa paling cantik...
dia amik port atas penutup loji tu ..kira ok la ada seni susunan gak la..
rumput2 tu tak terjaga ..kecian sungguh...ada tempat hijau..ada tempat kekuningan
tapi aku rasa aku punya sudut paling cun (sila vote aku )..hehe kecian asben pakai pokok lama.. :P


pasnih nak cari batu putih lak..aritu batu putih ada tapi kecik dan tak lawa lak bentuk dan color
target kedua..nak pokok keladi daun besaq pulak
lupa pulak ..pokok kipas ni tak boleh kena cahaya matahari direct sepanjang hari...nnt daun pecah dan kuning2..

Friday, February 12, 2010

ASB LOAN,ASB SAVING, BELI RUMAH

Aku bukan certified financial planner..
ni just kira2 aku sendiri jer yer...sbb aritu ada la kawan aku bg cadangan amik asb loan

setiap satu ada kebaikan masing2..ikut lah kite nak pilih macam mana
1.tak mau buat byk keja...simpan ASB
2.nak disiplinkan diri sendiri..amik loan ASB
3.kalau nak rasa cabaran jual beli rumah..masuk property investment

kena buat kira2..sbb duit nak invest ni bukan byk kan..lain la kalau dpt duit mcm kacang jer
contoh ,jika kira ada RM15K ,apa kita nak buat?

1.jika letak dalam ASB ,dengan aggapan purata dividen 7.5% ,selepas 30 tahun duit rm15k tadi jadik rm140k dengan syarat tiada berlaku proses pengeluaran langsung dalam tempoh ni.

2.jika duit RM15k tadi digunakan sebagai modal utk membeli rumah berharga RM100k,
dengan anggapan kadar interest 5.5% .monthly rm567 selama 30 tahun ,rumah tu disewakan pada kadar rm600 .kite anggap kenaikan harga rumah ,rm5k setahun.
Selepas 30thn ,kite dapat rumah bernilai lbh krg RM250k
so nampak tak perbezaan jumlah selepas 30thn.

3.kalau kata kite amik loan ASB bernilai RM100k selama 25 thn,
dgn anggapan kadar 3.8% ,monthly bayar rm524 ,dividen 7.5% .selepas 30thn duit tu akan jadi rm130k ,ok jugak la kan..sbb bukan duit kite .tak guna modal pon..buat loan..ujung tahun dpt dividen..pusing dividen bayar monthly..tup2 lepas 30thn ada 130k ..
(Dividen setahun rm7500 ,bayar kepada bank setahun rm6288 ,ada balance rm1200 ,
1200x25 thn=30k )

so....sila pilih..tepuk dada tanya selera... no.1 dan 3 ..tak yah buat keje2 remeh ,no 2..banyaaakk keja
kalau amik loan asb...kalau kite nak buat loan beli rumah ke kete ke..susah sikit la..bank dah kira sebagai komitmen...kalau gaji banyak tak kisah la kan..

Thursday, February 11, 2010

MANA BEST?

aku tengah plan nak pegi bercuti kat pulau kat pantai timur..bulan may ni,
plan nak bawak mak ayah sekalik..pastu ajak kakak dan abang kalau2 nak join
ni nak tanya sapa2 penah pegi...nak sevey2 accomodation ..

antara
1.pulau kapas dan pulau redang...mana best?
2.kat mana bolen mencandat sotong..asben aku kempunan sungguh nak mencandat...
3.bulan 5 selalu cuaca kat ganu cam mana?hujan selalu ker....

utk permulaan ..ni ja dulu utk ditanya2 kan pada korang yg penah pi..penah dengar org cete ker..tak kisah la..janji leh dpt info
Tq in advance!
dari pencinta pulau :)

TAUGEH BAGUS UTK LAKI DAN WANITA

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.




Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi,

source:cedok dari forwaded email..


Aku mmg suka makan taugeh...dulu kecik2 mak masak taugeh selalu..sbb sayur murah (org susah)...sekati 20sen ja dulu

Wednesday, February 10, 2010

AMIK BERKAT PEGANG ORG PUNYA DULU

emas turun baru2 ni..cepat2 aku update membe yg duit banyak ni :P
aku ni tukang update jer la...hehehe nk beli besar2 enggak berfulus lagik
tolong belikan amik berkat jer :)

2 ketul lagik tu angkat..



pegang2 amik aura emas....harap2 aura emas melekat kat tangan :)
barang kemas ada tak pakai..gedik nak pegang gold bar org

harini rege mas dah naik balik..tapi still rendah jugak lagi

Tuesday, February 9, 2010

SEMPOI SUNGGUH PEMBERIAN HADIAHKU

aku mmg tak romantik pon..nak beli hadiah tak da surprise2 dah aih
bkn apa..takut tak kena taste dia..pastu takut tak padan la..mcm2 la takut tak kena

paling senang ajak pi beli sama2...aritu tgk kat al ikhsan seremban tak banyak choice
dia ajak pi ayer keroh...



pilih bang pilih...jgn mahai2 dah naaaa :P




dia beli..dia bayar sendiri dulu...aku sebok kejar anak nunnn



memang tak dok diam ...sampai aku dgr org ckp mcm "mak dok sebok shoping tinggai anak merata" ..padahal aku dok perati dari jauh tu..


berbahagia dengan pilihannya sendiri

lepas tu kami pi meronda2 melaka..saja pi jalan2 ..tengok jusco bandaraya melaka..yg baru sehari bukak tu..katanya jusco terbesar di malaysia yer?
ramai org..susah cari parking....tak sempat nak melihat kedai2 dgn bahagia sebab dok sebok kejar aiman





lepas tu pi amik angin pantai kat pantai puteri....
tak turun pon ..just ronda dlm kete..amikk angin


derang dah tambak kat sini...dulu sini air laut..hujung nun kat pokok tu pantainya



lautan pasir...


p/s:baagus curtain kat puchong ada offer skrg...roman blind rm139 saja!normal price rm280 ,
aku buat aritu pon rm250 ..huhuhuu

Monday, February 8, 2010

BILA AISYA DAPAT KAKI

Aisya dah start berjalan sepenuhnya pada usia setahun sebulan
sebelum ni dia jalan jatuh ..pastu terus merangkak..taknak bangun sambung jalan


bila dah dapat kaki..tak mau didukung dah...


laju tu jalan...bersiap nak keluar jalan2


ni kat alikhsan seremban2 ...carik hadiah kat bapak..tapi tak der yg berkenan

aiman dulu boleh jalan masa lagik seminggu nak masuk setahun..aisya ni kurang berani sikit dari abang dia dulu
perkembangan anak tak sama kan....ni just utk rekod aku jer

Thursday, February 4, 2010

BAGAIKAN MENGEMIS DI BANK

tudiaaaaaaa..mengemis katanya
tajuk tak kalah :p

yaaaa...anda buleh pilih..nak invest kat property kena hadapi kerja2 remeh yg org tak suka
kalau nak senang..letak duit dlm asb jer..tak yah nak pening..low risk
tapi kami gatai gak nak libatkan diri...cewahh..cabang2kan saving yer....org kata ..jgn letak telur dlm satu bakul kan.. :P



gambar promo...ni cilok kat TBR website
unit kami unit studio gini ler..theme park view..ngadap ngn pentas parvillion..malam2 malas turun tgk show..tgk dari tingkap bilik jer :)

kesilapan kami mungkin beli hujung tahun...semua bank dah tutup akaun..dah achieve target
so derang pon layan mcm tak layan jer la

submit application form..2 minggu tak dpt result lagik...ditambah dgn cuti2 hujung tahun..pastu masuk awal tahun staf cuti anak sekolah bagaikan..so proses delay

berbeza masa aku apply dulu...3 hari jer dah dpt call..giler cepat..tak tau la masa tu beli dari pemaju,takyah nak tggu valuation bagai ,pastu beli tengah tahun gitu..so kite tak yah cari bank..bank cari kite....

ini naik turun bank mintak loan(aku teman asben jer jadi jurucakap..:P)...fuyoooo..waktu tu aku pikir..gini agaknya peniaga2 kecil mintak nak buat loan...susah betul..rumah murah..mungkin bank tak berminat sgt...cuba rumah juta2...komisen lebat sikit kan

sebelum beli..mmg aku dah tau..service apartment susah sket financing..margin 70-80% gitu jer leh dapat..tak tau la sebab apa..kalau kata nak invest..dpt kurang..kalau nak duduk dpt ler 90%

ok ni aku nak buat comparison bank2 yg kami pergi....

1.C.IMB seremban dan tampin
-service slow ..seminggu submit form..baru mintak SPA..dah seminggu ..baru tepon bgtau..
owhh...bank tak buat financing utk rumah below 500sqft ...apa barang kan...masa gi tanya apply..bg SPA ..awat tak tengok dulu....nasib baik kami tak tunggu result derang ( lbh krg 2minggu proses)

2.BS.N seremban
-mintak bulan 12...sebulan tak dapat2 tau lagik ..check ccris berzaman
dah submit form seminggu lebih baru kata nak check ccriss..adoiiii letih..
dah tu..dapat result..valuation rendah sekali ..


3.RHB senawang
-customer service ok...proses slow sampai arini tak dpt tau result..asben malas call sebab dah sign LO bank lain..aritu officer RHB kata nama sama asben byk dlm CTOS.....IC ada pon tak guna nampaknya...kalau satu msia nama sama 10 org ada dlm CTOS..tak leh apply loan la kot
Valuation rumah-kedua terendah..margin of financing 80% jer..sbb utk investment katanya
masa ni kami jujur bitau beli utk invest..kena soal siasat tu

4.EON bank seremban
-customer service ok...layanan ok..cakap pon elok
proses seminggu....margin leh dapat 90% tp valuation rendah pulak..so kami tak proceed utk approval process

5.Pblic Bank seremban
-ni officer paling kerek sekalik...dah la cakap tak tengok muka..masam lak tu muka
soal siasat mcm2...nak duduk ker ..nak invest..kenapa beli rumah lagik..
pulak tu dia cuti pulak lepas tu..dah seminggu delay...
baru semalam dapat tau result approval....valuation tinggi ..lebih sikit harga beli ..tp margin dapat rendah..sbb dia kata...rumah tu utk sewa..so dpt sikit loan...tapi rate yg terendah dari semua bank ,


6.OCBC bank
-ni paling best..
customer service...proses pon cepat..mungkin apply awal tahun..sales pon tak byk lagi agaknya..3 hari dah dpt tau ..valuation tinggi..margin jer dpt 80% sebab kategory non-landed...macam2 polisi bank kan.Asben pon dah sign LO ..tgh tunggu nak sign loan aggreement skrg ni..

tu belum masuk lagik bank2 yg tanak kasi loan tuk service apartment...
HSBC.MBSB,bank Islam ..antara yg taknak...



gambar promo lagik...jom cuti2 kat Tiara...harap2 proses dpt kunci ni cepat lerrrr..

Wednesday, February 3, 2010

KLORIN PUNCA ASMA?


klik utk baca

terjumpa dalam kosmo semalam kot ..tak igt..
tak rajin lagik nak google..kalau korang rajin carik la

DAPAT APB BUKAN ABP

aku pon dapat anugerah gak..walaupon bukan calon anugerah bintang popular..
aku dapat APB (anugerah platinum badge)

memandangkan ni kali pertama dan terakhir naik pentas amik award..
nak gak letak gambar kenangan :P
dulu masa dpt gold badge..awal tahun 2009 masih dlm pantang
kali ni awal tahun 2010 dpt platinum...lepas platinum dah tak der award
walaupon pencapaian ini tidaklah aku nak bangga2kan sebab...hehe sebab nya kami buat pon secara berkumpulan...kalau lah aku sorang buat..mmg aku bangga jugak la..giler apa..aku buat sorang...aku tau la aku ni camner..bukannya hebat pon

ooo lupa pulak..kang korang terpinga2 apa benda gold platinum badge pulak
kat sini kalau dah file 5 IP dapat gold badge ,kalau lebih 10 dapat platinum ,badge tu jer la bertukar color....dan sedikit reward ringgit malaysia.
ada yg terrer giler dapat dapat berbelas ribuuuuu...kami tengok jer la org naik amik cek beribu2

Tuesday, February 2, 2010

SEKEPING DINAR EMAS DI HARI ULANGTAHUN

pertama sekali...buat ucapan pulak :P
terima kasih kepada ucapan selamat dari komen2 kalian..semoga Allah membalas dgn kebaikan...mendoakan kebaikan org..kite pon akan dapat kebaikan jugak :)


sepatutnya aku edit jer entri bawah tu..entri tu kan aku tulis tak der hadiah kan..sebab aku buat autopublish ..khamis tu aku dah tulis entri tu...mmg aku assume tak da hadiah pon..sebab asben kata tak da duit kan....


mengimbas kembali perbualan gurauan masa bulan jan aritu..(mula dah buat dialog :P )
"abg,bulan satu bulan apa?.."
"hmmm,ntah..."sambil senyum kambing..buat2 lupa naaaaaaa...mau muncung 14 nnt
"haa haaa...lupa2.."
"abg..nnt saya nak dinar la pulak .."selamba ja request hadiah :P
"tak da duit"
"tak da duit tak per...sekeping dinar jer :P " ..

pastu aku igt mmg betul la tak da duit...aku pahammmmmmmm cewahhhh
malam anniversary tu ..dia stdby..balik lewat malam..aku dan anak2 dah ketiduran

aku nak cuba tulis ala2 novel..jgn muntah hijau di pagi selasa :P
kucupan lembut singgah dipipi ku...aku terjaga dalam kemengantukan tapi masih mampu membalas dgn senyuman dan kucupan ,dalam kemamaian...dia menghulurkan sekeping kad..ku tersenyum lagik lantas terus mengeluarkan kad dari sampulnya walau mata begitu berat untuk membaca.
Tiba-tiba ...sesuatu terjatuh dari kad yang dipegang...ku terpana..terkejut dan gembira..terharu hendak mengalirkan air mata...


hahaha....suami ku menipu yerrrr..kata tak da duit :P
dia tak pernah kecewakan permintaan aku .....mungkin pada setengah org..apa la sgt kan..tapi pada aku sgt bernilai..terimakasih kandaku.


kad yg sweet ...aku jer tak bagi kad kat asben....hadiah utk dia pon tak beli..
tapi tak per...nnt beli sama2 ngn dia...tu konsep hadiah aku utk dia..dia pilih..aku bayar



1 dinar emas ..depan
aku saja la mintak dinar emas sbg simbolik mcm kira hantaran mas kawen la cewahhh..
emas tak susut nilai...makin naik harga lagi ada


tahun depan anniversary 5 tahun...= 5dinar?hehehhe nak kena sekeh la tu


sijil pengesahan ketulenan
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin