CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
Generated image

Tuesday, April 6, 2010

DAPUR DAH CANGGIH MANGGIH.....

...sila sambung ayat sendiri :)

"...kalau tak masak jugak tak tau laahhh.." cewahhh pandai aku kata kat org naaaa...
abih tuan rumah kena perli ..mcm la tuan blog ni rajin sgt masak :P

sebelum kite pi round tengok dapur tuan rumah...tengok2 dulu gambar2 yg ada ni


roman blind utk bilik anak perempuan..
utk menambah seri..aku rasa kalau cat pink cair..cantik jugak kot



bilik anak bujang



master bedroom

langsir kat bawah tak amik ...




walk-in wardrobe kat master bedroom
wardrobe ni bersambung ngn pintu bilik air..kira keluar bilik air..leh terus cari pakai baju dalam tu lah



dalam wardrobe..ada cermin besar side satu lagik..tak amik lak..susah nak amik sudut dlm ni




aa ada pon langsir ruan tamu...corak tak nampak lak galam gambar



roman blind kat dapur..
semua langsir dari BAAGUS curtain...cos rm5k kot lbh krg..satu rumah

tu dlm gambar semua pinggan cawan baru beli tu :P



daour mengerlip mengerlap


dah mcm showroom jadinya


pull put tray ..tu bekas tuperware tak buangh harga plastik semua ada lagik tu





diakhiri dgn gambar kaunter bar kat dining hall

kerusi merah hitam tu rm130


diakhiri dengan ucapan"rajin2 masak naaaaa"

Monday, April 5, 2010

hati2... walaupun objek lembut seperti bantal

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......


General Info.....


Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.




Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.



sourcce :Kiriman email dari rakan untuk dikongsi


-kedua2 anak saya tido buaian jugak ..yg ni setakat sy tau..bila baby dah tido..jgn teruskan buai..kalau guna buai letrik tu..elok stop kan masa baby dah tido..jgn sepanjang masa buai2

-baru2 ni aisya tergelincir kat bilik air ...risau jugak takut tengorak retak
..setakat monitor muntah,demam dan merah di hujung mata jer...
-saya jugak selalu main cong-cong kodak ngn derang...dan jatuhkan atas tilam...tp bukannya biar jatuh gedebuk tu...slow2 pegang ..nampaknya tak leh main lagik mcm ni

Sunday, April 4, 2010

KONGSI PENGALAMAN : BARANG LETRIK ROSAK

ni aku nak cerita sedikit..supaya korang yg malas mcm aku ni..pasnih jadik rajin
bukan malas apa...malas nak turn off plug tu ..

mcm tv,turn off tv jer ,plug biarrr jer on,thermo pot mmg sentiasa on..nak balik kg jer aku off kan,water filter pulak lagik la tak pernah off ..

yer la..aku fikir kalau tak pakai..current tak flow la lan
pastu pada satu hariiiiiii...kilat sabung menyabung...guruh berdentu2m..
tuupp!trip satu rumah ...tak lama pastu aku on balik....kendian kilat datang lagik..
trip lagik..masa tu tgh tengok tv
kalau kat kampung..aku igt lagik..bunyi guruh sikit jer..ayah dah marah suruh tutup tv..

kat umah sendiri tak tutup..sbb dok kata...kalau kilat dtg...trip satu rumah,,so ok la..tak kacau la brg letrik ni
sebenarnya aku silap...sampai la water filter aku rosak ,dan nasib baik jugak ....tv tak kena sekalik..yg kena extension plug yg rosak

bila antor repair..adaptor yg rosak ..pastu board pon shortcircuit..adpator tak da warranty..kena la bayar...pastu technician tu bgtau la.kalau tak guna ..off sekali sekala..jgn biar on berterusan..
hehee patut la...aku sejak beli smpai skrg tak pernah off..adaptor boleh cair kat dalam sbb panas..pulak tu voltage kilat tu mungkin terlebih kuat...current still leh lompat walaupon dah trip..aku tak ceter la kat dia yg rosak tu selepas petir kuat...


yg extension plug utk tv plak..tiba2 jer rosak..rasanya sbb kilat jugak kot..nasib baik la baru plug...kalau kena tv...huhuh haruuuuuuuu
lepas kejadian tu...asben dah beli plug yg ada surge protector siap2..sebelum ni dok guna yg lama tak upgrade2....so utk korang2 yg sygkan barang letrik beribu2 tu...beli la surge protector plug

sepatutnya waterfilter tu pasang la built in surge protector mcm water heater ..benda2 melibatkan air ni...sensitif sikit

Friday, April 2, 2010

MULIANYA MENINGGAL HARI JUMAAT


hari ni banyak entri utk arwah din beramboi...
semoga roh beliau dicucuri rahmat...bertuah dia diambil pada hari jumaat...semua org nak hari tu kan...
semoga keluarga beliau tabah....
dalam kereta dok borak2 la ngn geng carpool...
takutnya kalau kite dapat ujian begini...bermula dengan demam shj..siapa sangka kan..
at least kalau kite dah tau awal2 kite ni ada sakit berbahaya..sekurang2 nya org sekeliling dah ready mental kalau apa2 terjadi satu hari nnt..
ini pergi dgn tiba2....... tp mmg ajal dtg tak kira masa ,usia..

PEREMPUAN MMG EMO

ooopsss bukan semua yer...kang ada lak marah aku buat statement gini
ni aku tuju kat aku lah ehhe...benda remeh pon saja nak jadik topik


alkisahnyaaaaa.....

jiran sebelah kiri rumah aku datang la jenguk umah dia..kebetulan aku keluar rumah angkat baju kat ampaian...aku la start tegur dulu

sembang2 bila nak pindah gitu ler lebih kurangnya

yg tak best tu ...

"aaa nnt kalau akak komplen kat majlis tu..kira wakil saya sekali la"kata jiran tu
AKAKKKK dia panggey akuuuuuu...huhuuhhuuhuhuh
terus masuk rumah belek muka kat cermin

ish tua nau ke aku ni...
ke sbb aku pakai tudung nampak mcm makcik2 kot
tp aku rasa aku pakai baby-t ngn pario..idakla pakai kain batik

atau..aku tersalah dengar cewahhhhhh


lagik sekali baru2 ni dia dtg lagik..dah dia tgk anak aku kecik2 lagik...(kot la nak pikir aku muda lagik : P )
sekalik lagik
"balik dulu kak ekkk"

huwaaaaaaaaaaaaaaa
sebenarnya ...aku tengok dia yg lagi tua dari aku..aku baru jer nak tny nak panggey apa
tapi dia dah panggey aku kakak...ish tak leh terima.. (emo kan wanita nak masuk 30 ni hahha ..23 hari lagik)

stori la ngn asben...
org laki ni mmg tak kisah pon..
"laaa...biasa la..."sbb dia pon panggey kat org "abang"walau org tu muda dari dia..
just kerana menunjukkan respek..kata nya lahh


huhuuuh tak best2..nak gak rasa muda selalu...tak yah berkakak2 lah ahaha
ngn jiran sebelah kanan tu pon aku panggey nama jer..dia tua setahun jer dari aku

seeeee..benda remeh ni pon nak kepoh kan....tak mau terima hakikat tu :P

Wednesday, March 31, 2010

SIRI DECOR BULAN INI-PAGAR DAN GRILL

Rumah : bukan rumah aku...rumah kawan
Lokasi :Puchong Hartamas (Kim Crest)

kawan aku dah siap reno rumah dia...tunggu basuh kaki melangkah masuk jer
semua barang rumah-brand new...termasuk cawan plastik :)
masuk sehelai sepinggang betul la


bagi peminat grill wrougth iron...
corak bunga padi begini agak simple dah tidak begitu serabut



ada rumah yg cat bunga padi kuning...cantik jugak..plain color mcm ni pon cantik



ditambah dgn pintu bercat putih..mmg naik la grill ni
minat betul pintu color putih...bilakah rumah saya akan bertukar color putih semua pintu




pandangan hadapan rumah ...sebelum pagar bertukar wajah




sukaaa pagar kayu resak ni....tuan rumah menggunakan frame asal pagar..
RM1400..murah jugak kan...

utk panduan harga..gril wrougth iron utk seluruh rumah ni..total lebih krg rm6k ..

p/s: nak beli MADU TUALANG?jom tengok apa best sgt madu tualang ni
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin