SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......
General Info.....
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung ( bulging ). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed ! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
sourcce :Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
-kedua2 anak saya tido buaian jugak ..yg ni setakat sy tau..bila baby dah tido..jgn teruskan buai..kalau guna buai letrik tu..elok stop kan masa baby dah tido..jgn sepanjang masa buai2
-baru2 ni aisya tergelincir kat bilik air ...risau jugak takut tengorak retak ..setakat monitor muntah,demam dan merah di hujung mata jer...
-saya jugak selalu main cong-cong kodak ngn derang...dan jatuhkan atas tilam...tp bukannya biar jatuh gedebuk tu...slow2 pegang ..nampaknya tak leh main lagik mcm ni
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
-
Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah
jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah
pulak k...
5 weeks ago
8 comments:
huhu.. takut2... dah la naira baru pas jatuh katil...
info bagus ni...thanks
tq kak tu info ni...sgt2 bagus dan bermakna..harap2 ibu2 lain pun amik tau gak ttg info ni kan...sungguh bahaya lg2 anak yg tido pakai buai n yg suka main timang2..minta dijauhkan kat tempat iena..nauzubillah....
kami xde guna buai
tapi kkdg2 aku ade timang jugak,
tapi tak le[as tgn, just angkat tinggi2..
rasa nak balik n peluk lah kat ank aku, terasa rindu sgt..
thanks for sharing Ana
iskk takutnya bila baca ni. sebab tu ler buai ni bahaya tambah2 buia letrik kan. anak saya pun tido buai juga tapi sampai umur setahun jer pastu saya stop kan dah. tak tenang rasa kalau bg dorang berbuai
naza,
ermm tu la kalau baca gini mmg takut pon
nieda,
no prob..kongsi2 info
mamauzma,
nampak gaya..lagu timang tinggi2 sampai cucur atap..dah tak leh pakai lagik kot
tuah,
rasanya dalam kes ni..mcm kite goyang2kan baby dgn kuat kot
joe,
noo prob ..aku pon dapat emel
rynas,
ermm aiman dulu pon tak lama ...dah besar tak tido dah
tak tau lah...tak penah search info detail pasal buaian ni
really good info..thanks, lepas ni memang tak nak timang baby2 lagik
Post a Comment