WATERWORLD @i-City | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
Generated image

Thursday, November 29, 2012

WATERWORLD @i-City

25 NOV 2012

ni kali pertama saya dan keluarga menjejak kaki ke i-city ..sebelum2 ni berdasarkan review org dah pegi situ cuma gi tgk lampu2 led di mlm hari ...skrg ni kira byk la jugak aktiviti leh buat kat sana ... oleh kerana tak plan nak jalan jauh cuti sekolah ni ...saya beli voucher kat groupon utk masuk waterworld yg baru dibuka secara rasmi 15nov aritu..

saya beli rm42 utk tiket waterpark dan snowalk. budak2 dah seronok tak sabar berhitung hari nak datang sini..hari ahad tu semua pakat bangun seawal 6 pagi..mandi2 siap sbb mama kata kul 7 nak bertolak..awal betul hehe
 bukan apa..takut ramai org pulak nnt nak redeem voucher lagik..sbb tgk beribu org gak beli voucher tu

oh lupa nk cerita jugak kecuaian sy lagik.. nyaris2 kamera kesayangan sy hilang
kitorang berenti sarapan kat RnR seremban..saya lah gedik nak bwk turun kamera..suruh asben bwk ...pastu bila sampai kat meja .asben bukak suruh sy pegang..saya pon letak dkt tepi peha..terlupa nak sling kan ..pastu makan dan makan dan makan

"dah?"
"ok jom"

terus bangunnn jalan sampai ke kedai hujung nak belok ke parking kete
"eh abg!kemera mana?"
"bkn ngn awak ker"
 terus gelabah raba2 kot badan haha kot sling tak perasan ker

"YaAllah kamera aku.." nak nanges dah ni..sambil berlari ke meja kami duduk tadi
tengok dah ada org lain duduk..3 lelaki..terus saya tny
"ada nampak kamera sy tak"
"takder2 ..duduk tadi dah clear..cuba  tny cleaner kot derang jumpa"
masa ni sy dah panik sgt2 dan tak harap nak jumpa dah sbb ramai org..lepas tu nak tny sapa ..tak nampak cleaner..pastu jalan sket lagik nampak srg clearner pmpn tgh kutip pinggan ..jauh jugak la dr meja kitorang tu..cuba ja tny mana tau kan

"ada nampak kamera dlm beg"
 dia cam tunjuk ke kedai...saya nak lari la kedai rupa2nya dia tunjuk ke tiang...

dia gantung kat pemadam api kat tiang tu ...Ya A llah sib baik la dia jujur
terus sy tepuk2 bahu dia tanda terima kasih byk2..

lepas tu sy kena marah ngn asben ..sob sob sob ..

saya diam jer sbb kecuaian sy jugak...tak nak bersuara nnt mood spoil pulak nak pegi bersuka ria kan..


panjang pulak jadi nya entri ni...sy sambung cerita kami bersukaria kat i-city next entri ya..!

DSC00101
-semangat pakai baju harimau sempena malaysia vs singapore mlm tu ...tapi kalah nk wat camna :(

ni masa kami tiba...tak ramai lagik orang..tak payah Q pon nk redeem..915 sampai ..cuaca pon tak panas lagik..air pon masih tenang :)

DSC00105

1 comment:

Wan Amira said...

lagi lagi.. :)

nasib kamera tak hilang, kalau emran sure dah kene marah depan2 orang huhu

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin