DISEBABKAN KEMURUNGAN TERLAMPAU, ANAK BUAH HILANG-MOHON BANTUAN | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
Generated image

Monday, April 12, 2010

DISEBABKAN KEMURUNGAN TERLAMPAU, ANAK BUAH HILANG-MOHON BANTUAN



semalam kami pegi puncak alam..umah abg ipar..utk sama2 sembahyang hajat dan baca yassin berdoa supaya dia dijumpai ,sekurang2 nya ingatan dia dipulihkan utk pulang ke rumah

saya difahamkan..dia ada masalah kemurungan yg melampau rasanya..ditambah lagik selepas dapat keputusan PMR yg tidak memberangsangkan..dia membandingkan dirinya dgn kakak dan abang yg kira berjaya la kan..kakak dia 'SPM 10A ..kira pandai la kan

pastu kat sekolah pon jarang bergaul..agaknya lagik la stress..problem tak leh nk kongsi dgn kawan2


ni ikut cerita mak dia
"dia keluar bawak motor...ikut hiway NKVE..kira jauh jugak la dia dah kuar dari puncak alam tu..sampai kat hiway tu..minyak motor habis..dia tinggalkan motor bwh jambatan kat hiway tu..dan jalan kaki ke stesen minyak petronas..dia mintak pekerja situ tepon mak dia bgtau minyak habis,lepas tu..dia ckp ngn pekerja tu..dia nak pergi..tak leh tunggu..terus dia cross jalan dan tunggu situ ,tahan motor ke lori lalu lalang kat situ..
masa mak dia sampai..motor mmg dah tak der dah ..org dah curi la kot..
dia pon dah tak dak.....padahal lepas dapat call mak dia dah keluar cari "
sampai la ke harini tak pulang2...sejak selasa malam aritu.

berita kehilangan anak buah sebelah asben saya kat sini

Anak hidapi masalah halusinasi hilang dari rumah

2010/04/12 PUNCAK ALAM: Seorang bapa bingung memikirkan nasib anaknya yang menghadapi masalah halusinasi, tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puncak Alam, di sini, Selasa Lalu.

Shaedi Abu Bakar, 49, berkata anaknya, Shafain, 16, keluar rumah kira-kira jam 10 malam dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berwarna hijau, bernombor pendaftaran LB3776.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya supaya menghubungi talian 019-2414080 dan 03-33932303 atau menghantarnya ke No 55, Lorong Cakera Purnama 12/12, Bandar Puncak Alam.

1 comment:

JMR said...

semoga Allah permudahkan jalan untuk menemuinya..amin~

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin