MENGALIR JUA AIR MATA INI | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
Generated image

Tuesday, April 13, 2010

MENGALIR JUA AIR MATA INI

alhamdulillah..jenazah anak buah dah selamat dikebumikan jam leih kuran 10 pagi tadi..
mula tu kami igt tak sempat dah..pada awalnya rancang nak kebumikan jam 8,

aku kalau pegi ziarah org mati..mmg tak masuk tengok jenazah...tak tau kenapa aku takut tak de kekuatan...tapi ke kubur aku beranikan diri tapi masih tak tengok jenazah waktu nak turunkan ke dalam liang lahat...aku duduk sembunyi2 belakang org

mcm tadi ..sebelum diturunkan..derang bukak sikit muka utk sedara terdekat melihat arwah kali terakhir...aku tak berani pergi

masa bacaa talkin...(mmg seram bulu roma) ..syahdu sungguh bila imam sebut nama si mati berbin kan nama ibu...tiba2 air mata keluar..
lepas tu masa imam doakan semoga arwah jauh dari seksa api neraka..(doa bahasa melayu..lagi la sedih )berderai lagi airmata..3 kali doa diaminkan....perasaan sedih dan takut mati bercampur aduk...bersediakah aku ?

padahal doa2 tu biasa kite ungkapkan lepas smyg...tapi bila suasana di kubur..lain rasanya..

mengenai kemalangan yg berlaku...kami pon tak dapat maklumat detaill...tak kan nak tanya abg ipar masa sedih2 tu kan

aku difaham kan...arwah kena langgar masa kat hiway kot...time tu dia tgh tahan lori...lori nak berenti..tiba2 datang kereta lain langgar dan lari

alhamdulillah...ada jugak insan yg btanggungjawab nak gi antor kat spital...
oleh kerana dia tak da bwk ic ..tu yg payah nak cari contact..kesian arwah

tapi derang kata muka jenazah elok jer ,mcm muka asal dia..tak nampak cedera parah ...cuma bengkak sikit tepi mata..

appointment dgn doc pakar 14/4 ,harini 13/4 beliau dikebumikan.
Alfatihah.....

berita kemalangan kat sini


Remaja hilang maut langgar lari


2010/04/13 PUNCAK ALAM: “Luluh hati saya apabila menerima panggilan daripada seorang anggota polis mengatakan anak saya maut akibat kemalangan.

“Berita sedih ini saya terima jam 4.45 petang tadi (semalam) sebelum saya sekeluarga bergegas ke Hospital Slim River,” kata Shaedi Abu Bakar, 49, bapa kepada Shafain, 16, yang dilaporkan hilang, Selasa lalu.

Shaedi berkata, menurut polis yang menyiasat kes itu, anaknya ditemui mati dipercayai mangsa langgar lari di Hulu Bernam, dekat sini, Rabu lalu, iaitu sehari dia dilaporkan hilang.


“Selepas diminta mengecam mayat, sah itu anak saya berdasarkan beberapa tanda dan pakaian yang dipakainya.


“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi saya reda dan menganggap ia ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.


Mangsa cedera parah di kepala dan badan, bagaimanapun polis yang menyiasat kes itu belum dapat mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa.



Shaedi berkata, motosikal yang ditunggang anaknya ketika kejadian juga tidak ditemui di tempat kejadian.


Jenazah dibawa pulang ke rumah mangsa di Puncak Alam dan dijangka dikebumi sebelum Zuhur, hari ini.

6 comments:

Mummy Dasy said...

Takziah...Al-fatihah untuk arwah..semoga ditempatkan di kalngan org2 beriman..amin..

| SUE | said...

Salam takziah. Baru je lunch td baca kt paper metro...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yg beriman...amin

Rizza said...

Takziah

Alfatihah

my little family / kaftanbatik said...

Alfatihah...sedihnya..:-(

~tuah.rimbun~ said...

salam takziah dari kami sekeluarga...

~tuah.rimbun~

ANAKIRANA said...

terima kasih korangggg..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin