Info Kesihatan : Fibroid buncit dan mandul
Artikel asal sila klik link atas..aku cuma amik yg penting2 jer
FIBROID merupakan antara tumor atau ketumbuhan tidak berkanser di dalam rahim,
yang paling biasa terjadi di kalangan wanita. Boleh dikatakan tiga daripada
empat wanita 'mengusung' fibroid ke sana ke mari tanpa disedari.
Fibroid lazimnya dijumpai secara tidak sengaja semasa doktor melakukan
pemeriksaan sakit puan mahupun perbidanan.
Jika anda bernasib baik seperti kebanyakan wanita-wanita lain, fibroid tidak
akan mendatangkan masalah kepada tuannya dan jarang memerlukan rawatan.
Bagaimanapun, fibroid memerlukan rawatan segera jika ia menyebabkan
gejala-gejala seperti haid banyak dan menyakitkan dan pendarahan berlaku di antara kitaran
haid dan juga di luar julat haid bulanan.
Anda juga perlu bertindak sekiranya fibroid membesar secara mendadak, sakit
pada bahagian pinggul, tidak pasti di antara ketumbuhan telur ataupun fibroid dan,
jika anda masih belum dikurniai cahaya mata.
"Dalam bahasa yang mudah, fibroid sebenarnya lebihan daging rahim atau, dalam
istilah perubatan dipanggil leiomioma ataupun mioma.
aras fisiologi hormon wanita estrogen boleh turun dan naik. Contohnya semasa
mengandung, paras estrogen meningkat menyebabkan tumbesaran fibroid menjadi
rancak dan sebaliknya, semasa menopaus.
* Sakit pada bahagian bawah abdomen dan belakang serta sakit semasa melakukan
hubungan seks
* Tekanan dari fibroid; sukar dan mungkin juga kerap membuang air kecil,
sembelit, sukar membuang air besar, sakit di bahagian dubur dan abdomen kejang
* Rahim dan abdomen semakin buncit dan membesar
* Keguguran dan mungkin juga kemandulan.
Saiz yang membesar juga menyebabkan bahagian perut membuncit dan kelihatan
seperti sarat mengandung. Kemandulan juga satu kemungkinan sekiranya sebab-sebab lain
sudah pun diterokai.
Fibroid dan kehamilan
Fibroid akan membesar semasa mengandung. Ini, kata Dr. Shah Reza, digalakkan
lagi dengan bertambahnya bekalan darah ke rahim. (doktor Ishak pon ckp gini gak kat aku)
Fibroid meningkatkan risiko keguguran (kelahiran janin sebelum 20 minggu
mengandung), kelahiran pramatang dan kelahiran songsang.
p/s:BULAN MAC nnt menentukan aku ada fibroid atau tidak!huhu mintak2 la bukan fibroid ..kang byk lagi treatment2 aku kena wat nnt...
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
-
Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah
jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah
pulak k...
1 week ago
9 comments:
kakak akak kena fibroid jgk. kesian dia 2 x keguguran.DIa kn operation utk buang fibroid tu.. harap2 kes Ana tu bkn la..Amin..take care..
insyaallah bukan fibroid kut.
aku dah buat blog jugak!jgn lupa lawat ye
mylittle,
ciannya kak kakak akak....dah 2 kali gugur tu..
kv,
ameeennnn
genny,
haaa dah lawat dah!bagus sng sket aku nk tgk
uikk awat kena tggu bln mac br tau.. aku dulu pi check skali terus dpt tau dh.. huhu
fiena,
sbb aku kan baru bersalin..doc takut hormon estrogen masa ngndung tu tak habis lagik,so tgu bulan mac la nk tgk rahim bengkak ke tak..kalo still tak kecut means tu fibroid la
ohhh gitu yer Ana. Harap2 bukan fibroidlah AMin. Ngeri juga dengar. Kwn kita satu opis penah operate buang fibroid, ttp fibroid dia masa tuh dah tahap teruk sebab dia tak nak g klinik takut punya pasal. Last2 rahim kena buang sekali. sian kat dia...
salam...
minta d'jauhkan dari penyakit nie..
KP doakan result tu nanti -tive yek.
rynas,
alahai..takutnya gitu..smpai kena buang rahim ..hihs baik cegah sblm parah
kite,
salam..amin...gitu lah harap2nya
Post a Comment