January 2010 | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
Generated image

Friday, January 29, 2010

4 TAHUN MENITI HIDUP SUAMI ISTERI

hari ni..genap 4 tahun kami bersama sebagai suami isteri....
panas..mendung..hujan..semua ada ...pahit manis masam bercampur gaul
berapa kali merajuk dlm setahun pon aku tak tau hahahha..biasa la tu kan



tak tau nak tulis panjang..lagi pulak..aku malu nak mencoret isi hati utk tatapan ramai..cewahhh
cakap jer la tak reti nak tulis jiwang2 :P


gambar pon takder gambar besama sejak akhir2 ni..asyik amik gambar anak jer...

kepada Abang ku merangkap bapak kepada anak2 ku...

Selamat ulang tahun perkahwinan,terima kasih kerana bersabar dengan saya :)
walaupun saya selalu merajuk dan buat perangai..tapi sebenarnya saya tetap sayang abang

soklan akhir ....tak der hadiah yer tahun ni... carry forward pon boleh :)

Thursday, January 28, 2010

TIARA BAY APARTMENT


TIARA BEACH RESORT

Ingat tak lagi cerita rezki 1 muharam dulu? ha ni aku nak sambung cerita
tapi ada yg dah agak pasal beli rumah lelong kan..ada la betul sikit2 jawapan

memang kami ada beli rumah..tapi bukan secara auction..beli subsale jer
sebab harga yg ditawarkan pon lebih kurang ngn auction jer..auction kite berisiko sikit kan.tapi beli subsale ni at least..kurang la sikit keje2 nak siasat itu ini

pada 18 dec 2009 ,kami buat appointment nak gi tengok condition...dan nak nego harga lah
aku ni kan jenis tak sabar2 tau..appointment kul 1030..kul 8 lebih ja dah aku cergas ajak asben pi sana...

condition bilik memang elok lah...sekarang bilik tu TBR manage ..owner nya doktor yg dah nak pencen...dah tua2 ni ..dia nak let go semua property dia ada ..kaya2..hehe
tu dia tak heran..dia lost byk jugak jual kat kami malam tu..belum sempat nego..ejen dah bg diskaun sbb dia memang nak kasi settle malam tu jugak..ejen tu pon tak nak mai PD byk2 kali

dah setuju, masa dok sign booking receipt...bayar booking..tiba2..dengar bunyi loceng..
ada org datang nak tengok jugak..rasanya en.tuah kot ehhehehehe
sib baik kami cepat sikit kan..jgn marah na en tuah..kalau betul la awk yg gi tengok masa tu

balik tu tido tak lena sebab gembira sangat .
unit tu tamat kontrak ngn TBR nnt kami plan tak sambung ,igt nak mintak grup satu solution manage kan unit tu..
so nnt aku kasi rate murah2 saja utk korang bercuti kat sini....murah dari TBR management...u save 40% konfem!!
promosi akan dibuat nnt bila dah dpt kunci yer :)


nnt aku stori pasal proses spa yg cepat giler dan proses mencari loan yg sgt menguji kesabaran.....tiada benda senang nak senang

Wednesday, January 27, 2010

RUMAH I TAK DER JAM :)

setelah setahun pindah..jam belum beli lagi
sebab ntah..sebab..tak tau nak pilih yg macam mana
lagi pulak kami pakai jam kat tangan sentiasa...so tak tengok jam dinding
kalau mak datang jer jenuh cari jam tak jumpa


ku pegi ikea..tka tau nak pilih sebab asben tak dak..tak tau nak amik yg mana


layan jer la entri tak bermakna ni...minggu ni bizi ngnt training..tak sempat jenguk blog betui2..

byk cerita nak ditulis...tapi tunggu time tenang sikit
minggu ni gak..minggu spesel bagi kami..pada hari penghulu hari nnt ...:)..tak de nak celebrate apa2 kot...asben tengah sengkek

Tuesday, January 26, 2010

SAYA TUMPANG BANGGA!

***bangga jugak sebagai bekas pelajar sekolah menengah sains tuanku syed putra...sekolah ku tersenarai dalam 20 sekolah terbaik ..yuhuuuuuuuu...*****



Isnin Januari 25, 2010 MYT 4:28:03 PM
Pelajar Dibenar Tamatkan Tempoh Persekolahan Setahun Lebih Awal

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar menamatkan tempoh persekolahan setahun lebih awal berdasarkan kurikulum fleksibel kepada 20 buah sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata SBT diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar.

"Sekolah-sekolah SBT ini diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minimum mata pelajaran serta memanjangkan atau menamatkan tempoh persekolahan lebih awal," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan 20 buah sekolah yang dipilih sebagai SBT bagi tahun ini.

Daripada 20 sekolah berkenaan sebanyak 10 sekolah daripada kategori sekolah berasrama penuh, 4 sekolah menengah harian dan 6 sekolah rendah.

Daripada 20 sekolah berkenaan sebanyak 10 sekolah daripada kategori sekolah berasrama penuh iaitu
1.Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru;
2.Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban;
3.Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak;
4.Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya;
5.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah;
6.Kolej Tunku Kurshiah, Seremban;
7.Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang;
8.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis;
9.Sekolah Alam Shah, Putrajaya dan
10.Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

Empat sekolah menengah harian pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur; SMK Sultanah Asma, Alor Setar dan SMKP St. George, Pulau Pinang.

Bagi sekolah rendah, enam yang dipilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur; SK Zainab (2), Kota Bahru; SK Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur; SK Convent Kota, Perak; SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur; dan SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Friday, January 22, 2010

SEKARANG MASA MEMBUAT KEPUTUSAN

hahaha gigih tu buat2 pening nak buat keputusan
masaknya idak jugak

kadang2 tu kan..aku tengok mak kat kg.pakai periuk cap helang padang besaq ja..
masak sedap gak
tak yah cap2 itali semua bagai ....tumis masak semua jadi :)


semasa gambar ni diambil..ada lagi 4 setem utk cukop 70
pastu asben dah gi shoping brg dapur ..maka penuh la 70 stamps
sanggup tu pi senawang nak gi giant..padahal jusco 2 min ja dari umah

kira nya marketing/promosi giant ni berkesan mempengaruhi isteri2
kerana periuk bagai ...tapi aku mmg dok aim sbb kuali tak dak..eh bukan takder..
tak der yg best..yg ikea beli dulu tu...tak dalam sgt..mcm leper kat tengah..


sekarang saya tak tau nak buat keputusan
dengan setem 70...buleh beli pan yg kecik rm3.90 tu
tp aku minat kuali tu.. ..kena tambah duit banyak pulak
kalau amik yg tu 20 setem jer...lagi balance?kena la amik benda lain lagik kan
wah2 gini dah kuar duit byk pulak utk periuk2




sapa dah tukar?best ke guna..berbaloi ke kuar duit lebih2 ni

Thursday, January 21, 2010

ADNAN SEMPIT-15 MIN JER AKU TENGOK

15min tengok..pastu terpaksa keluar...bukan cerita tak best tapiiiiiiiiiii....

ni hari sabtu kot gi tengok...masa ni aiman tak der...so asben lah yg plan nk tgk adnan sempit ni



janji ada motor...belasahhh tengok


sebenarnya aku tak nak kasi aisya tido lagik..hehe nak ubah corak tido dia pulak
kalau dia tido time dalam wayang senang sikit

dia pon dah adjust time nk tido puas2...nak tengok wayang gak


dah sampai time nak masuk...buleht terpacak bangun pulak...adoiii

aku seludup masuk apple pie..nak umpan dia pegang2 utk makan..tapi tak jalan
masuk2 jer..dia diam 2 min...pastuuuuuuu dia mula la turun..nak main tangga
dia pi merangkak kacau org blkg..
sib baik kami dok row 2nd last..blkg tak der org...so aku bgn2 pon tak rasa kacau org

dah tak tahan asik bangun keluar masuk jer...lagi pulak takut org lain rasa terganggu
dah aisya mulut tak diam..

pastu tinggal la asben srg2 kat dalam...tak lama pastu..dia pon call ajak balik hhehehe
rugi tiket rm18 ..tengok separuh jalan


aku tengok awal2 tu...ok ja kot...ke aku ni keras hati ..ada time lawak..aku rasa tak lawak
pastu aku tak suka tu budak raja lawak ke yg tiru loghat utara..tapi tak jadik..keras jer bunyi..terus aku tak suka tengok

asben kata ok ceritanya
pasni..aku dah serik..tak leh bawak aisya lagik dah..

Wednesday, January 20, 2010

KUMBANG BUKAN SEKOR


ni ada 2 orang kumbang :)
teringin nak pakaikan baju kembar ..dah asben tu teringin nak anak kembar kan
tapi i tak dapat nak realisasikan nya haha..sebab..cukop lah..aiman yg sulung..aisya yg bongsu..ada paham?


di sebalik tabir nak ambik gambar berdua begitu...fuhhh
susah giler..nak2 aisya tu memang tak nak diam





dah penat bergomolan ..isi minyak pulak


ececece...anak bapak la sangat tu....
kalau la org laki leh nyusukan anak..hehe leh gak gilir2 ngn mama ni..
lepas dah manja2 ngn bapak pi bergusti ngn abang pulak



dia memang saja gi carik pasal..kacau aiman minum susu...dia boleh pi landing atas aiman selambat gitu jer

Tuesday, January 19, 2010

SEBELUM DAN SELEPAS ETERNAL BEAUTY

izinkan diriku memperasankan diri sendiri..heheh..saja dok godek cari gambar lama sikit nak tgk ada perbezaan ke tak

aku mmg rasa ada perzezaan..kulit muka memang lembut....



setelah kira2 sebulan la kot guna EB ..

walaupon tak patuhi masa yg disuruh...aku buat mana sempat..

contoh..sepatutnya kena urut 8 min sehari,

tp aku buat utk pagi 4 min..kadang2 2min..ni kes anak dok merengek panggey kat hujung kaki...

malam kalau sempat ..baru buat


ni gambar bulan 15 hb ogos..sebelum beli EB..sebelum pakai CLINIQUE





ni gambar 16hb jan




ada beza tak ?tak nampak perbezaan ?hahaha biar la aku syiok sdiri :P





aku taktau la effect clinique ke EB ..mositurizer pon dah nak habis..tak tau nak continue beli dan guna lagik ke tak...



nnt kalu rajin aku nak buat review clinique satu persatu yg aku beli dulu..

Monday, January 18, 2010

POTONG TELUR SECARA EXPRESS

orang tak reti masak..keja dok kira main gadjet dapur jer la
hehe
saya sgt jakun yer ngn alat2 masak yg kira buleh buat bg cepat2 ni
ni benda alah ni beli lama dah..berapa bulan yg lalu..sekalik ngn pemotong epal tu

tapi ni baru nk guna..
sebab..aku tak penah rebus telur utk apa2 menu masakan pon....
cth menu menggunakan telur rebus..mee rebus,laksa,nasi lemak, apa lagik?
kesemua di atas aku tak penah masak..dah tu bila masa nk guna potong kan

baru ni asben beli la laksa...tgk2 dia bagi telur sebijik
huishhh excited aku ni..cepat2 cari benda alah ni nak test


letak jer kat tengah tu...ada org potong pakai benang kan..aku dok tgk org meniaga nasi lemak dok potong..

dah siap!sekali arung jer...
senget sikit sbb aku adjust tak betul kedudukan telur tu

entri exress bg permulaan hari senin...amik yg dlm draft jer..

Saturday, January 16, 2010

MENJADI BIBIK DI HUJUNG MINGGU

ala mcm tak biasa..nak kecoh2 pulak :P
arin aiman tak der kat ruman..smlm pengasuh dtg amik pinjam semalam utk bermain2,..rindu katanya ..huhuuh tak per la kasi chance minggu ni
kami pon nak keluar meronggeng bertiga ..nak gi layan adnan sempit

sebelum2 ni aku amik weeked cleaner datang umah...tapi 2 3 minggu aritu stop kejap
aku tak amik bkan bermakna umah tak cuci,..maknanya aku ler jadi bibik

so minggu ni..ratih tu janji nak datang..pastu tadi mesej tak dpt dtg pulak..katanya laki dia kena keje kl arini..betul ke tipu tak tau lah...aku tak caya sgt
baru nak merasa bayar murah sikit minggu ni...dah tak datang pulak..

letih ooo mengemop satu umah..penat..tadi baru siap mop tkt bawah..esok tkt atas ngn cuci toilet la pulak..baju 3 bakul tak lipat lagik..kalau aku amik gambor letak mau pengsang korang tengok baju menimbun

sekian rungutan di pagi sabtu.
bye!have a nice weekend everyone.

Friday, January 15, 2010

15 TAHUN DAHULU.....


curi gambar kat facebook..thanks pada korang yg rajin letak gambar dulu2...
sila klik utk gambar besar..hehhehe beleh sungguh aku dulu
beleh=selekeh ,lembik

Thursday, January 14, 2010

MANA ADIK?

entri jiwang kat anak di petang hari

rindu kat budak ni......semalam dia tido kat kampung pengasuh..huhu
kalau tak bagi bawak balik..aku kena cuti pulak..awal2 tahun dah cuti..cuti pon tak masuk lagik..
derang balik berubat pasal kena sihir ngn org


semalam bila dia tak der..pastu aiman lak tido awal...
aku rasa mcm oooo nnt bila anak2 dah besar buat hal sendiri..gini la kot rasanya..
ada la banyak masa nak itu ini..




aiman pon sunyi agaknya....asik la tanya mana adik
pagi tadi bangun2 tido "mama,mana adik"



gambar blur pon belasah letakk..payah nak amik gambar budak ni


abang dan adik....tengok aiman tido mcm abang yg sedang jaga adik

RAGAM PENYEWA RUMAH

"tak per bang..kite anggap ni cabaran dlm bidang hartanah ni "ayat utk menguatkan smgt

huhuhuu..letihhhh2..nak kena cari penyewa semula,bukan setakat nak cari jer..nak kena check keadaan rumah lagik.huhhuuu

baru jer student2 tu masuk...baru nak masuk 2 bulan..dah nak blah...reason nya apa tak tau....aku tak paham asben cete..pihak univ.naikkan yuran apa ntah..konon nak bajet la kot tu nak pindah kan

pastu...aggreement kami tak matikan stem pon..kira tak sah la kot kan..
sbb ikut term dalam tu ..2 thn tempoh ..
pastu notice sebelum keluar sebulan..ni dah nak keluar hujung bulan.baru bagitau semalam

kalau nak ikutkan hati ..tak nak jer pulangkan deposit...sbb mcm tak ikut perjanjian
tapi asben nak bagi jugak..kecian kot kat student

pasnih nak kena iklan carik lagik..kalau letak murah mmg ada org nak..tapi kami nak ler cover monthly installment at least..
yg pasti no tepon asben akan ku jaja utk iklan nnt ..hihihi
serabut jugak tau org dok call2 tanya itu ini...patut ler org serah kat ejen jer utk uruskan

bila aku serabut org call ,asben membalas
"ni baru sedikit ,camner nk jadi broker saham ..kalau ni pon tak tahan"...haha ada hati nak jadi broker saham tu...ekekke....
masa tgh down ngn keja...mcm2 mulut ni keluar nak jadi itu nak jadi ini hihihhiih

Wednesday, January 13, 2010

MAKAN LER KO SAMPAI NAK MUNTAH

"weh jom arini aku belanja hang makan pizza sampai nak muntah..makan la sampai kedai tutup"
agak2 kawan tu mesti tak caya kan..hahaha tu dialog rekaan jer..

harini aku baru tau...kami gi try makan pizza sampai tak larat nak makan
kalau ada banyak masa rehat..pi la dok lepak sembang2..sambil dilayan makan pizza

ni kawan aku yg bitau pasal ni....merangkap kawan mencucuk ..habis duit i pagi2..dia dok bagi link online shopping


pizza nya nipis sikit dari pizza hut..kira ok la..makan pon tak muak rasa roti sangat kan

kami pi duduk ..makan2..smpai perut rasa kenyang
aku 7 keping ....k.shahi 6 keping

kite duduk jer makan..nnt dia bawak la datang hidang pizza ikut perisa



kalau rasa2 nak cuba kelainan...
pegi ler PAPA JOHNS..kat IOI jer ada promotion makan sampai kenyang ni..
kalau nak pi..hari SELASA shj..sila pegi awal..sbb restoran penuh..
kami sampai..ngam2 ada satu meja utk 2 org...
harga utk satu kepala rm9.90 ..campur tax jadi ler rm11 lebih krg ...
tapi makan pizza jer la..tak da sup bagai..kalau selalu pon boring gak kot
pas makan tadi..aku rasa 2 minggu lagik kot baru leh makan semula..hehhe

Tuesday, January 12, 2010

TIADA PERKARA MUDAH

selamat pagi selasa..
semalam ,tengah dok bukak bungkusan makanan..huhu cian laki aku..
"tak sempat makan tgh tadi"dia bgtau..kerna ada 'kerja'
"Abg,boleh tak sy cerita pasal 'ni' kat blog"
"jangan,jangan lagik..tunggu dulu"

hehe maka tak boleh la aku nak share lagik cerita
aku ni kan jenis tak sabar...bila tau satu2 menda tu mula la nk cerita..tp kalau
benda tu rahsia..tetap lah rahsia..
kalau benda leh share..mmg cepat ler aku carik geng joyah

tiada perkara mudah
-dalam keje
-dalam hidup
-utk dpt 100k

apa tiba2 ko merepek 100k ana ooii..hehe
aku ni dok berangan ..kalau aku ada 100k...aku berani berhenti keje..aku nak rolling 100k tu haahha
adoii malasahnya skrg tak dak angka tu..mana nak dapat ni..hahah

ermm dah la ..malas nk merepek lagik..sekadar warmup..tak mau biar blog aku tak berupdate..
cewahh..kalau lah dapat duit blog byk mcm top blogger tu..auwwww
buleh ke aku target tahun ni..nak dpt income blog rm100 sebulan..hahaha.. gelak orang baca

100 sebulan x 12 =1200 ..buleh dah beli designer handbag..tapi tidak2..aku nak kumpul 100k hihiihihi


ah sudah2...merapu sungguh aku..

Sunday, January 10, 2010

TANGISAN PAGI




jangan boring..minggu ni minggu aiman..mama dia memang excited...semua org excited bab2 pertama kali ni kan



ni hari ke 3 ..aiman kat tadika mimos..so far ok...dia memang cool..

sampai awal sikit semalam...kali ni nak bagi dia sarapan ngn kwn2 pulak

sampai2 tu..terus masuk...buat hal dia..berbekalkan air milo sekotak...amik buku sapa ntah tu..belek2 mcm dia reti baca jer

minggu ni derang tak start belajar lagi rasanya..nak bagi perasaan kanak2 ni stabil dulu kot hehehe..agak jer la..
youtube utk video diatas

minggu depan stori benda lain pulak yerrrr...minggu ni kasi chance aiman memenuhi blog mama

Friday, January 8, 2010

MAMA,PELUK SAYE!

salah satu sebab aku melambat2kan nak pisahkan tempat tido..

masa derang tak der..huishh..sunyinya rasa....rasa tak lengkap lak tido..
..kiri aisya..kanan aiman...tido peluk mama..wahh besnyaaaa..dgn tgn2 comel tak sampai tu letak atas perut aku...hahah..syiok tengok

aiman yg manja ni pulak.,.lagik ler..."mama,peluk saye..."nak tido tu kena la letak tangan kat muka ke..perut dia ker..janji bersentuhan dengan dia lah..
pastu nak gedik2 cium....
dah besar nanti mau lagi ka nak cium2 mama gini ...
semasa kecil ni la kot nak berpeluk manja....


dah pandai berlakon..tengok muncung tu....ni sah2 ciuman utk camera....dia yg suruh amik gambar
sekali tu..dia mai cium..pastu tgn lagik satu pegang camera..laaaaaaaa..tak ikhlas aiman cium mama ni

masa kecik ni la tido peluk cium sekalik..dah besar nanti..dah tak tido sekali..derang pon dah ada org lain...huhu ..

Thursday, January 7, 2010

DRAMA HARI KEDUA

dah selesai hari pertama...mama pon kira nak senang hati la jugak..tapi still takut gak..
mana tau..esok dia buat hal tak mau bangun mandi..tak nak pegi sekolah kan..

so malam tu..ajak dia tido awal..lepas dia layan kartun dia sekejap..pastu dia pon akur naik tidur


sebelum tidur..gurau senda main dengan adik dulu...kecian adik..tak da kawan yer kat umah mak...aku suka tengok depa ni gaduh2 comel...adik ni suka kacau abang dia..suka stunt atas abg dia.suka tarik rambut..ada jer dia nak kacau abang..mmg dia suka buli aiman tapi hati sensitip tu..perwatakan jer kasar..haha tak sesuai :P


pagi hari kedua tu,dia terbangun sendiri..kul 630 gitu....tak sabar nak mandi ngn bapak
tunggu kat depan pintu bilik air tu...tunggu bapak yang tengah mandi..


pastu dah siap awal ..duduk la tunggu kami siap...semangat dia..pakai baju sukan utk hari tu
baju merah uniform tu dia tak berapa suka pakai..tak selesa kot

dah turun bawah tu..dia bukak pintu..tunggu depan pintu...wah tak saku dok kemas barang2 lagi..tak sabar2 tu nak gi sekolah
tapi hari tu tak bawak dah kartun ben10 dia..atas nasihat bapak..cewahh..dengar cakap bapak tu

pastu yg jadi drama tu...aku gi antar aisya sekalik lah...masa sampai kat rumah pengasuh tu..aiman dalam kereta dah panggey "maaaakkkkk"
pastu kak chom pon bukak pintu angkat dukung dia..berpelukan dua2 tu melepaskan rindu...amboi rindu nau ..macam dalam drama tu haha

dia nak ikut masuk dalam rumah...lepas aku pujuk dia.."petang nnt kite datang amik adik yer"
ok la dia..


share bihun ngn mama


kat tadika tak tau lah dia makan mcm mana..tak sempat nak tanya cikgu dia lagik
masuk jer...terus capai mainan ....
kat sini ada megablocks..kat rumah aku beli yg kecik jer...agaknya tu dia excited kot hahaha
lain kali tak yah beli mainan yg dah ada kat tadika ni...jimat2


tak cukop drama pagi hari..petang pon dia buat drama ngn aku...
masa nak gi amik tu..dia lari2..aku tarik la tangan supaya dia tak lari keluar...pastu dia terduduk cam terjatuh..pastu aku tarik tangan dia suruh bangun...
tiba2 jer dia nanges tak keluar air mata..sambil pegan tangan sebelah lagik..ala2 tangan terseliuh tu..aku ni tiup2 la urut2..tapi dia dok merengek nanges lagik mcm sakit la
dah jalan2 tu..aku umpan ngn gula2..nak test tangan dia buleh pegang ke tak..
memang dia tak lepas pegang tgn lagik satu..dia nganga jer mulut suruh suap gula2 tu
dalam kereta dok diam jer...muka masam cam merajuk..cam marah ngn aku...
tapi tak nanges pon..bila aku sebut2 cete pasal sakit tgn dia tu..mula dia buat merengek nanges.
aku pon call la asben mintak balik awal...nak bawak gi urut la ni..
sampai2 jer kat seremban..masih buat lembik sakit tgn lagik
masuk jer kete aku..aku hulur kek..dia buleh amik..pastu dengan selambe jer dia lepas tangan dia..
sampai umah pengasuh ,dia lari2 lagik kejar2 ngn kakak hanim dia tu...
haihhhhhhh ko tiba2 tak sakit pulak ek
dia dok pegang tangan lagu tu ler dari tadika sampai seremban
sampai la harini ..ok jer tangan dia tu...memang tipu mama betul la
ko memang auta yer aiman!


Wednesday, January 6, 2010

AKU KEGELIAN TENGOK AVATAR

orang dah tengok lama..hang baru tergedik2...
huwaaaaaaaa..tapi kira ok la..ada jugak chance nak gi tengok ni ha...
ni cerita rabu lepas..baru nak publish harini

minggu lepas..pengasuh bawak anak2 balik kampung dia..dia nak berubat sikit...
disebabkan aku tak leh cuti...dia terpakasa bawak balik gak la...
asben dia cuti hari rabu jer...dah tu jenuh la kalau aku kena cuti time derang nak cuti kan..

aku memang percaya dgn pengasuh ni..dah anggap macam famili dah..
tu aku bagi dia bawak balik ..lagi pulak..kira melatih derang jugak kan
tak der la nak takut kasih sayang luak ker apa... bukan berhari2..semalam jer

pulak tu..bila lagik nak cari masa berduaan kan...dah lama pulak tu tak keluar dating2
bila anak takde ..sunyi pulak rasa..balik rumah..teringat derang pulak



makan kat marry brown ...aku rasa ni kali ke 2 ke 3 ..tak suka lah..tak sedap
dah kami gi tengok wayang kat Terminal 2..ni jer yg ada ...lain2 tu ..was2 sket nak makan
kat jusco penuh pulak rabu malam tu..




pasal cerita ni ramai dah review kan..
memang best la..tak sempat nak kelip mata....haha tipu2
ada part yg mmg nampak grafik sgt2...ada part yg nampak real
tapi
aku geli masa first time tengok Navi tu...geli tengok ekor tu ..hhuuuuu
pastu dah lama sikit...baru ok..
...sedih pulak masa tengok tempat derang kena rempuh tu
pastu scene yg aku cam takut nak tengok..masa derang ramai2 dok puja Eywa tu...haha takut n geli




sebelum malam tu kan..haha gedik aku nak merajuk..
asben tak balas sms pon merajuk...hahaha ..mood pms :)

Tuesday, January 5, 2010

AIMAN PADA HARI PERTAMA

aku yg excited dan berdebar sampai termimpi2 aiman masuk sekolah
sebelum tido tu...aku ajak tido awal..bgtau dia banyak kali sebeum pejam mata tu
"esok bangun awal tau..gi keje ngn mama..aiman dah sekolah ok"
dia pon menggangguk comel tanda paham

aiman kena igt ni....hari pertama ..bapak siapkan aiman
angkat dia mandikan 645 pagi...sib baik ok tak nanges...pakaikan baju semua



nak amik gambar pagi semalam...malu2 konon..piiirahhhh

sebelum pegi tu..naik kete asing2...bapak antar aisya...aku bwk aiman
asyik la suruh kejar bapak kat depan...
mula tu dia tak naik asing ..nak sekali adik
dalam kete asik tanya mana bapak..mana adik

dah pagi tadi jem kat hiway seremban..9 kereta excident sepanjang seremban ke RnR seremban...adoiii permulaan pagi yg tak bagus

dah ngntuk2 aiman dalam kete..
sampai2 jer opis..terus jaga..tanya "bapak mana"
pastu tak lupa kartun ben10 dia nak bawak turun jugak...
bila bgtau dia ..bwk beg sekolah jer....annguk tanda patuh.



sampai di pintu masuk tadika....dia malu2....jalan pon pegang tangan aku
sebelum tu..jalan tak nak pegang..siap nyanyi2 sambil jalan tu...happy ja dia





masuk2..aku letak ja kat situ..suruh dia main..
"nanti petang mama datang amik tau"
angguk tanda patuh...wahh senanggg bangat aiman!syukur mama tak yah pujuk2 aiman
..aiman anak bapak ..kata bapaknya
ada la 2 3 orang yg nanges2 masa aku pegi tu.....takut barangkali kena tinggal ngn mak

lepas tinggalkan tu..aku jenguk tengok ...kyusuk dapat mainan
tapi budak laki tak ramai lagik masa ni..kecian tgk dia..ramai perempuan
dekat opis..dok teringat mcm mana dia kat sana..kul 11 lebih gi jenguk lagik..
nampak semuanya ok.....
mama harap aiman suka di tempat baru..mama pon senang hati :)




Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin