SAYA TUMPANG BANGGA! | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA

Tuesday, January 26, 2010

SAYA TUMPANG BANGGA!

***bangga jugak sebagai bekas pelajar sekolah menengah sains tuanku syed putra...sekolah ku tersenarai dalam 20 sekolah terbaik ..yuhuuuuuuuu...*****



Isnin Januari 25, 2010 MYT 4:28:03 PM
Pelajar Dibenar Tamatkan Tempoh Persekolahan Setahun Lebih Awal

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar menamatkan tempoh persekolahan setahun lebih awal berdasarkan kurikulum fleksibel kepada 20 buah sekolah yang dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata SBT diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar.

"Sekolah-sekolah SBT ini diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minimum mata pelajaran serta memanjangkan atau menamatkan tempoh persekolahan lebih awal," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan 20 buah sekolah yang dipilih sebagai SBT bagi tahun ini.

Daripada 20 sekolah berkenaan sebanyak 10 sekolah daripada kategori sekolah berasrama penuh, 4 sekolah menengah harian dan 6 sekolah rendah.

Daripada 20 sekolah berkenaan sebanyak 10 sekolah daripada kategori sekolah berasrama penuh iaitu
1.Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru;
2.Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban;
3.Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak;
4.Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya;
5.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah;
6.Kolej Tunku Kurshiah, Seremban;
7.Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang;
8.Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis;
9.Sekolah Alam Shah, Putrajaya dan
10.Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.

Empat sekolah menengah harian pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur; SMK Sultanah Asma, Alor Setar dan SMKP St. George, Pulau Pinang.

Bagi sekolah rendah, enam yang dipilih ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur; SK Zainab (2), Kota Bahru; SK Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur; SK Convent Kota, Perak; SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur; dan SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

7 comments:

genny da bomb said...

waweeee...aku tumpang bangga sekali..hihi..aku nk letak post kat blog aku jugak laaa...cilok naaaa..

feeza said...

tahniah2!!!...

Mummy Dasy said...

congrats...

~tuah.rimbun~ said...

knp mrsm x de??
ini tidak adil/\......

JMR said...

ala, smstmfp tak de ker??:-(

tahniah skolh yg ada...

kirana said...

geni,
aku pon baca blog nurul tadi

feeza,mumydasy,
hhi ..kami ni tumpang2 jer :)


tuah,
sabau2...mrsm asing2 kan

jmr,
kena usaha lagi tu :P

faradeeba said...

yeay ex-skola saye no 4
bangga2..heheh

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin