2 jam di parkson pada hari jumaat
nasib baik 2 jam..kalau lama lagik.....habissssss
masa ni sheila majid ada sesi bergambar utk produk baru kot..apa kebenda nama pon tak tau..kami pi lalu sat ja tengok
weh geng syed putra..aku nampak kak julie azlina dok berdiri tepi2 sheila gitu..tak tau la dia involve ke apa...aku nak gi tegur segan sebab aku tau dia bukan kenal aku pon
dia tu aku kenal la..sbb lawa..comei..skrg pakai tudung..mmg lawa lahhh
kecik molek jer...tapi dah nampak ciri2 penuaan jugak kalo tengok dekat dia
hahaha...mcm penyamun tak?
masa tu kami lalu kat geng2 cayanun..pastu dia buat2 batuk kat aku...cehhhhh..
tak ramai pon pakai mask..buleh kira ngn jari
ni diaaaaa geng cucuk aku...pi ngn dia..kalo tak beli barang tak sah...
mesti ada ja dia dok pilihkan..dia geram tak leh beli utk anak pmpn..dia suruh aku beli
2 beg jer aku beli....hehehhe
dalam beg besaq baju2 raya anak.. 70% disc...60%
ni la sebab aku gi sunway hehehe nak gi kaunter clinique...
nak tau brg apa aku beli...tunggu next2 entri :)
***update**********
geng cucuk bg link utusan pasal produk ni..hehe mcm kebetulan lak aku publish arini..
Apa tidaknya, daripada peringkat awal jualan dibuat menerusi internet, kini Sheila sudah mampu menarik nafas lega apabila diberi kepercayaan oleh pihak gedung jualan Parkson, untuk mempromosi dan menjual produknya itu di mana-mana kaunter Tanamera.
Produk yang sesuai digunakan untuk semua golongan dalam lingkungan usia 25 tahun ke atas itu telah pun di lancarkan di Parkson cawangan Kota Bharu, Kelantan sebulan lalu.
Dan pada pelancaran Jerneh di Parkson, Sunway Pyramid baru-baru ini kegembiraan jelas terpancar di wajahnya apabila diajak berbicara tentang produk tersebut.
"Jerneh ialah 'bayi' saya," ringkas kata-kata Sheila memulakan bicara tentang produknya itu.
Selain halal, kata Sheila, produk yang terbahagi kepada dua jenis iaitu siri kekal muda (anti aging series) dan siri penjernihan kulit (clarifying series) itu juga mudah digunakan, selamat dan efektif.
"Mendapat kepercayaan Parkson untuk menjual produk Jerneh di kaunter Tanamera dan ditempatkan bersama-sama produk ternama antarabangsa yang lain sesuatu yang membanggakan saya.
"Saya menanti sejak 10 tahun lalu dan hari ini saya cukup bangga apabila produk tempatan dijual dan diletakkan bersama-sama produk antarabangsa lain di Parkson.
"Inilah impian saya, mempunyai satu produk yang boleh diyakini oleh orang ramai. Harapan saya suatu hari nanti apabila orang bercakap tentang produk tempatan, orang akan ingat pada Jerneh," katanya.
Siri kekal muda dan siri penjernihan kulit merangkumi pembersih mekap dan pencuci muka, krim siang, krim malam dan serum setiap satu set yang dijual pada harga RM450.
Mencari kandungan produk kecantikan yang halal dan selamat bagi Sheila tidaklah semudah yang disangka.
Apatah lagi, katanya, ia menyukarkan pengguna yang beragama Islam. Terdorong atas alasan itu, naluri Sheila kuat untuk menghasilkan produk tersebut.
"Ketika saya ingin ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji hujung tahun lalu, ternyata sukar untuk saya mencari produk yang sesuai dan halal digunakan.
"Sebelum ini, saya telah menggunakan banyak produk antarabangsa.
"Memang tidak dinafikan produk mereka bagus tetapi apabila hendak sembahyang kita tidak tahu bahan apa yang digunakan sebagai kandungan produk tersebut," kata Sheila lagi.
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
-
Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah
jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah
pulak k...
1 month ago
6 comments:
Ada juga Geng Cucuk ye ? Hehehe
hg jumpa kak julie ka..hehehe...mmg ingat sangat la kak julie ni..comel cun kiut lawa suma ada la ng dia..dh pakai tudung ekk..bagus laa..mak dia yang senator dulu kan..ape tah nama mak dia aku lupa hoho
ingtkn 2 org bertopeng tu 'pakar kecantikan' yg assist sheila majid's promotion...hahaha..:P
abg long,
adaaa...tanduk panjang
geni,
senator mastika junaidah hehehe
contactlens,
tak layak nak jadi pkar kecantikan pon huhuhuhu
uhhhhh... 2 beg je ko cakap,,, banyak tu dalam tak kira lagi tuh..
clinique memamg bagusssss..
Post a Comment