10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA

Thursday, July 23, 2009

10 JENIS MAKANAN ANTI KOLESTROL

sebelum keluarkan entri showhouse..meh kite tengok makanan diet pulak..yer la..kesihatan kena jaga..kang nak dok umah besar..tapi tak sehat..tak bahagia jugak kan

aku takut gak..dah 3 malam dok makan lewat ni....asben standby..tunggu dia makan sekali..huhuu takutnya aku nak timbang
dia pon dah bunyik takut dia gemuk :P

meh kite tengok ada kite makan tak makanan2 ni


1. SOYA (aku tak makan air soya,tauhu makan,kicap makan)
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI (makan ..sbb asben kaki koci..mesti ada standby dlm kete sbb dia ngntuk)
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga
matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING (ermmm ni tak kerap mkn..)
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL (makannnnnn)
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA (jarang)
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH (makan)
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA (feverettttttttttttt...tp kalau ikut diet darah A..mangga tak sesuai utk aku)
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.

8. KISMIS (makann)
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan
diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.

9. OAT (buleh bilang ngn jari brp kali makan tp kalau biskut2 or roti ada oat mmg makan )
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU (wahhh ni semestinya makan)
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai.

ok pasnih make sure makanan2 ni ada stok kat rumah :)

****SOURCE : EMEL..JIKA PEMILIK ASAL TERBACA ENTRI INI..SILA MAKLUMKAN UTK PEMBERIAN KREDIT

7 comments:

aishah said...

interesting nih.. thanks for sharing

my little family said...

banyak sgt benda nk kena pikir kan? adoiii..pening2..apa2 pun TQ Ana sbb rajin update benda2 kesihatan nih. Harapkan akak rsnya xdan la.. :-)

genny da bomb said...

sumanya aku belasah...cuma kerap ng dak je...hehehehe..jambu leh kurus ke??apsal aku makan tak kurus2 pun kakakakakakakakakakkaka

mama uzma said...

tq for info kak...
hihi

shaifulsafar said...

auntie, thanks for sharing...

kirana said...

all,
no prob...ala amik dari emel jer..bukan hasil experimen hihi

geni...nnt aku rajin aku buh diet ikut darah lak..mungkin darah hang tak sesuai ngn jambu

diet utk kurus dan tambah berat ikut darah..kalo rajin lah..
kalo malas ..hang tanya cik google

armouris said...

info tentang kolestrol kat sini - Kawal Kadar Kolestrol Anda

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin