March 2009 | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
Generated image

Tuesday, March 31, 2009

di tengah malam

semalam dia balik lewat tengah malam kerana menggantikan tugas tunggusedia.
aku pulak nak masak tapi si kenit mintak berada disampingnya selalu (eceh alasan!)

pastu aku naik tidokan 2 org anakku ..sambil aku terdido sekali..
pukul 10 mlm terbangun lantas melakukan tugas rutin ku.

iron baju utk dipakai keesokannya...
basuh baju...angkat baju..sidai baju..haa amik seme berkaitan baju
tu belom lagi keje2 melipat baju yg asik bertambah jer

sebelum tu dah bgtau suamiku yg aku tidak memasak,lantas dia bertanya mau beli saja kah?
aku menjual mahal tidak mahu makan kerana takut hendak mkn lewat mlm kerana takut gemuk hahaha

setibanya dia dirumah ...

dia menawarkan diri utk masak Maggi! (kegemaran bersama)
tugas2 masak megi mmg tugas dia..sbb itu jer yg dia reti masak ekekkeke




cian gak..penat baru balik terus ke dapur...


dia merasmikan vision aku tu hihihii
kuali baru tak beli lagik..naza..aku nk kirim!


taraaaaaaaaaa megi pecah telur perisa kari+ayam
telur tak nampak daaa..tengglam
enak!menikmati megi pada jam 1 pagi



hiks..cerita megi pon aku merapu kan..ok la ..dah nampak pon tempat aku merapu

Aisya 3 bulan

Hari ni aisya dah 3 bulan 9 hari
baru sabtu hari tu bwk gi inject ..tiap kali inject aisya nanges..cian anak mama
abg aiman dulu hero..tak nanges langsung

Berat : 5.5kg (naik 300gm jer)
lain2 doctor tak check...ermmm cam tak best jer

aisya nak org layan dia jer..borak2 ..gelak2 ngn dia tak per la
kalo org tak da..nanges la..dia pon tau bosan kan
mulut pon dah bising dah..

pastu dia ada wat cubaan meniarap
aku letak atas tilam,pastu gi dapur..dtg2 tgk dah terpusing
pastu alih semula..gi balik dapur..tgk2 lagik terpusing lagi




terpejam lak



senyum utk kwn2 mama



jelir sket!

aisya dah boleh pakai baju 6-12mos ..ni baju hadiah dari kwn2 mama

aku sepatutnya gi checkup (pasal rahim tak kecut or fibroid tu)
tp aku lengah2 kan..sbb aku takut nk wat pap smear skali...huhu


**Tahniah kepada kwn ku ila..diatas kelahiran cahaya mata puterinya pada 30.03.09..lawa lak nombor**

Monday, March 30, 2009

Tudung SHAMENSI

Petang2 layan gambar tudung pulak lah yer..
aku saja2 menerai tudung opismate jual..namanya tudung shamensi..ni kira promote secara tak langsung la ni
harganya murah ada mahai ada..range dr RM17-RM59
aku tgh timbang2 lagi nk beli ke tak..ada bekenan..igt rege rm17 rupanya rm49 heheh



SH 01


SH 02



SH 03



SH 04




SH 05





SH 06 (awning terkelepek)



SH 07



SH 08


Tudung ada jenis belah,ada jenis serong tu pakai jadi terus 'V' kat depan
awning style lembut..kain ada jenis berat..ada jenis ringan..

sila la kalo nk muntah tgk model tak berbayar ni :P
naza kata..siap leh senyum2 tu hahahahahah

mesti la kena senyum,..kang masam nk tgk pon tak lalu :P


lokasi : dalam surau blok aku

Anak saya lambat bercakap

Pada usia 2 tahun 3 bulan..anak saya aiman masih belum bercakap dalam ayat yg penuh.
Gabungan 2 patah perkataan dia boleh..tapi ada sesetengah perkataan masih disebut dengan keadaan pelat.

Contoh : mama,tadi aiman pegi kedai ..haa ayat gini dia tak boleh lagik
Tapi kalau saya mintak dia ikut cakap saya..dia boleh ikut satu2..tp ada jugak la yg pelat.

Contoh : mama,aiman nak susu ,tolong buat (saya nk latih dia buat ayat)
mama,mann nak cushu,yongg wat

kadang2 dia ingin bercerita tetapi seolah2 tidak terkeluar perkataan tu

Arahan dan percakapan saya dan suami semua difahami.

Saya ada jugak baca2 kat forum ..dan ingin jugak bertanya doktor kat forum alam hamil ni
..tetapi dah ada topik org bertanya..ada jawapan dari Dr.Ju tu..


"erm..memang sesetengah kanak-kanak mengambil masa untuk mula bertutur. anak saya sendiri mengambil masa 3 tahun setengah sebelum beliau bertutur dalam bahasa yang saya fahami, memanglah merisaukan, tapi sekiranya ia mendengar kata, aktif dan peka kepada persekitarannya, janganlah risau sangat.
walaubagaimanapun, saya sarankan puan berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak untuk memastikan beliau tiada masalah pendengaran. satu lagi, bawalah dia bergaul-gaul dengan kanak-kanak sebaya atau sedara mara yang seusia atau sedikit tua untuk memberi stimulasi pertuturan dan mengalakan ia bertutur untuk interaksi. "


Jadi,saya rasa saya nk bwk jmpa doktor jika pada umur 2 thn stgh masih belom bercakap penuh..Apa kata mama di luar sana?Ada pandangan yg boleh saya lakukan?Terima kasih.

Friday, March 27, 2009

Tiba-tiba aku jadi takut

Berikutan cerita kematian gara2 nak cantik dan kurus (malas nk link hehehe)..tiba2 aku teringat masa nk bersalin dulu..

Kalau ikut berita kat metro tu..arwah tu meninggal selepas dicucuk bius kan?
Kalau la aku baca berita ni sebelum bersalin aritu..mau 14 kali gak pikir ni ..
takuuuutttt ooo..selepas aku dibius (bersalin aiman-csect)..aku jadi bengong giler...
sistem badan mcm tak terkawal..tangan aku gerak2 sendiri merewang2..
kepala aku pon ke kiri ke kanan mcm ada robot dlm badan dok control tu...


huish ..masa tu..aku dok igt dlm hati..nak mati ke aku ni..ya allah..tak tau nk ckp

pakar bius tu kata..sbb dah macam2 ubat masuk dlm badan aku..
sblm tu aku amik epidural kan..pastu nk operate doktor kasi spinal apa ntah (lbh krg kot nama ..tak igt)..pastu dia dok jaga kat hujung kepala aku la..

pas dah baby kluar..baru la ok sket..tp tangan2 tu still merewang..sampai habis ubat bius.

Memang takut kalo diingat balik.

Iktibar :Guna kaedah konvensional jer la...

Thursday, March 26, 2009

Rajuk Si isteri

Sepatutnya pagi ni aku tak berada di sini.
Aku sepatutnya 'menemani' kawan aku ke sini dan selepas itu kami plan nak bershopping di ikea.

Beberapa hari yg lepas..

"bang,mattel sale nak gi tak?" (cubaan isteri nak mendapatkan support moral dan kewangan)

"tak da duit" (tu jer balasan si suami)

Namun si isteri dalam diam-diam memohon cuti separuh hari pagi untuk menemani kwn sahaja.

Malam semalam si isteri cuba mendapat restu suami utk pergi ...
yer la kan..kang jadi isteri durhaka pulak..suami igt kite gi keje rupanya melencong ke lain kan
kalo jadi apa2 kat tengah jalan kan susah


Tetapi ...

"tak yah pegi..membazir"
"teman ja la"
"tengok2 nanti mesti beli jugak" (suami tidak percaya janji isteri utk tidak membeli apa2)

Si isteri terdiam tanda merajuk tapi si suami buat derrrrkkkk jer.

"pinjam handphone..nak sms kwn tak jadi teman" (terpaksa cakap jugak ..huhu)
"hp awak mana"
"kredit tak da " (ahaks! aku pengguna prepaid setia)

Sebab itu lah entry ini ada pagi ini kerana si isteri telah membatalkan cuti nya pagi ini :(

*silent war*

Wednesday, March 25, 2009

Gambar Profile

Aku saja nk mereka2 tagging game..dah ada ker?kalo dah ada pon buat jer la
sbb aku tak puas tgk gambar profile kat situ..kecik..

1.Letakkan gambar profile anda



2.Terangkan apa maksud gambar itu?

Gambar muka aku..tak da maksud apa2..cuma senyum tu mungkin aku tgh syiok sdiri amik gambar sdiri,gambar berlatarbelakangkan opis aku sebelum pindah blok baru,kat kerusi tu jaket TNB ..bukan aku keje TNB tp bersuamikan pekerja TNB

3.Kenapa pilih atau letak gambar itu?

Supaya reader dapat mengenali penulis yg sebenar...makin dekat dihati kalo igt muka kan ..ewahhh

4.Tag 5 lagi blogger yg selalu kecoh kat blog anda

aku nak tag top 5 commentars (pd masa aku tulis ni) yg selalu kecoh kat blog aku..kekekek
pasni kecoh2 la lagi..aku sukaaaaaa

1.en shaifulsafar photographer
2.genny da bomb
3.cik niza buzzybug kaki jalan
4.cik da kwn baik sekampung sekelas sebelah meja
5.KV cewek kelate

Terlintas tak benda ini?

fisrt sekali..terima kasih kepada yg mengambil bahagian :)
meh kite tgk..ada tak pemenangnya

sambungan cerita sang isteri dan suami mencari sesuatu



sang suami menunjuk2 benda itu kepada sang isteri.
sungguh teruja sekali sang isteri melihat..sambil menjerit2 kesukaan (hahahha tak da la jerit kuat..cuma cam..ya allahhhhh banyaknyaaaaa!!)


nampak tak diatas pokok kelapa itu
sungguh banyak sekali.rasa mau dijolok2 saja.
Tapi terlalu tinggi dan tiada galah pulak.
Tapi takut jugak ..karang tersalah jolok sarang tebuan pulak.

Sampai ayat ni..korang dah leh teka lom?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ok la ..meh kite tgk dari dekat..apakah benda yg dicari itu...

nampak tak??? tak nampak????pi amik kanta bg besaq lagi view
tp benda ni tak jatuh2 lak..jenuh la nk tunggu sampai bila tak tau nk jatuh
kami cari kat bwh2 mmg tak da yg jatuh





sang anak bersama moto kesayangan bapaknya sejak zaman belajar2 dulu...





dan ini lah benda itu!sarang burung hihhhhhhhhiiiii
benda ni dok kat umah mak mentua...nak mintak cam segan lak kan..hehehe
kalo aku peknen..leh gak wat ngidam2 ..

aku nk gantung kat balkoni umah aku tu...
nampak sket semulajadi flora dan fiona ..ekekkeke tiba2 jer


walaupon jawapan yg diberi tidak tepat..hadiah saguhati tetap ada
saya akan klik iklan di blog peserta selama seminggu ..hihi
dgn syarat iklan tu muncul di blog korang masa aku bukak tu..

tunggu la saya kaya gila ..saya offer hadiah NEW CITY terus !ahaks melampau tul...

Tuesday, March 24, 2009

IKEA spice rack

atas permintaan lynn nak tgk mcm mana rupa..
yg mcm ini la saya dok pikir2 nk beli tu..tgh mempertimbangkan lagik :)
takut serabut la dapur kalo gantung kat dinding byk2


tu haa rega pon dah bagi tu...amik kat katalog ikea ja
tgk katalog lawa la..pasal seme brg baru2 ja..

yg ni pendek sket rail nya..nampak cam kemas sket...



nnt tgk lagi kat ikea yg display tu..kot la ada jenis lain lagik
aku dok tgk katalog ni..sale dah abis ek?
kwn aku dok menghasut aku ajak gi mattel sale khamis ni..pastu dia pandai mengumpan aku..dgn mengajak aku ke ikea pulak..
aduhhhhh...aku tgh mempertimbangkan lagik!
eh spice rack tu masa sale brp ek?ke takda disc..kot la korang2 perasan rege nya

Pokok2 percuma

skrg ni pegi mana2..mata ni melilau tgk pokok2..
dulu2 tak perati pon potongan pokok gitu gini..
aritu balik kedah..dah amik segala jenis pokok dah..tgk la yg mana idup nnt




demam2 pon nk wat gak keje cucuk tanam tu..


wiken baru ni balik melaka pulak..
sblm2 ni tak perasan pon pokok2 kat umah mak tu
kali ni abih kami pusing satu umah carik pokok




boria ..bezanya..aiman dah mandi.. :)




antara pokok2 nk bwk balik nnt..


ha tudia..segala jenis mak nenek ada..hiks..

bunga melati kah?



ini?

ni aku tau!bunga raya..



ni?
dan byk lagik pokok...tunggu dah naik nnt aku tepek gambor..
pokok melankolia?ada ke..ke aku saja bg nama?
pasnih bapak jgn dok gatai2 nk pi beli pokok lagi ..
ni pokok bunga kertas dia beli jugak..adoiiiiiii..rugi rm8 :P

Monday, March 23, 2009

Mencari sesuatu...tapi mengecewakan


sepasang suami isteri bersama anak lelaki mereka pergi mencari sesuatu
(sang isteri terpaksa sarung tudung tu jer...haha tudung lain tak bwk)


sesuatu itu ialah........?????



siapa dapat teka..
aku akan klik iklan di blognya secara tubi selama 2 minggu :)

KENAPA cekodok aku KERAS?

aku ni jenuh muskil nasib baik tak migrain dok pikir kenapa laaaaa cekodok aku tak lembut luar dalam..
cekodok aku ni ..rangup di luar..dlm lembut la..tak da la keras smpai leh baling dinding
kira mcm keropok lekor..nugget..gitu la jadinya..kat luar cam garing2..kat dlm lembut

APA PUNCA EK ?
ni kali ketiga (hihihi baru 3 kali aku wat...) jadi gini..
kali ketiga cuba bancuh tepung lembik sket..sama gak jadi..

adakah kerana saya mencampurkan ngn air panas?
sbb sy bancuh garam ngn air panas..

guna tepung gandum shj..
adakan kena campur tepung lain?







tp saya suka cekodok gini..asben lak tak suka..hahah kan kami ni 2 jiwa 2 hati..selalu jer kontra ekkekeke

tp keras2 pon abih jugak la...dah lapar kan..mkn jer laaaa

ada petua ka nk bg lembut?nk tny mak n mak mentua cam malu lak..wat cekodok pon tak reti kaaaa???
haiihhhh ..sy ni dlm proses nk belajar masak2

Friday, March 20, 2009

Kaum lelaki tidak dialukan membaca

ahaks!
aku dah update blog satu lagi tu
org laki tak sesuai baca..jgn masuk!kerana content blog itu lebih diutamakan untuk kaum wanita.

ok korang..boring2 masuk la yer..saja saja kongsi

Nasib baik......kalo tak.....

Korang penah tak atau selalu guna ayat di atas..
Nasib baik dot dot dot dot..kalo tak..dot dot dot..

Haaa..pagi tadi..semasa kami dalam perjalanan datang kerja tadi..ada satu kemalangan berlaku di depan mata.Tudia laporan skema macam karangan budak darjah 6.

Ok camni..tadi ..cam biasa la..nk gi opis aku tu lalu la kot jalan belakang astro tu kan..
kat situ kan ada selekoh2 jugak..aku rasa selekoh jalan tu mcm tak betul la darjah kebelokan tu..bukan apa..kalo aku drive ..nk belok tu mesti makan jalan jugak..

pastu tadi ..(cuba kira berapa kali 'tadi' dah :) ) ..sebelum smpai selekoh tu..dari kejauhan ..lbh krg 100m..kami ternampak ada seorang penunggang motorsikal jatuh tergolek kat selekoh tu.
Aku tak sempat tengok macam mana dia jatuh..sbb dok belakang kan..driver kat depan tu la yg nampak secara live mcm mana jatuh.

Lalu kami pon cepat2 la suruh berenti tepi jalan nak menolong..masa tu..hanya kereta kami saja yg ada..dlm proses nk berhenti tu..ada kelisa dtg dr belakang..nasib baik kami sempat hon..lalu dia perlahankan kereta..kalo tak.......koran sambung la ayat sendiri


dah berenti tu..kak nin dgn pantasnya berlari mengangkat motor yg menindih mamat tadi..aku lak terlenggang2 nk pegi..aku cam panik sket hehe..masa kak nin dok angkat motot..kutip2 barang tu..aku tlg jaga trafik..ewahhhh
nasib baik aku tlg tahan kete BMW yg laju tu.. (rasa mcm keta aznil jer..ewah mcm la dia srg bwk bmw yer)..kalo tak....korang sambung la sendiri ..
di belakang bmw tu dtg pula teksi yg bwk laju jugak hampir2 nk langgar bmw yg berhenti tu..
nasib baik...kalo tak...


terhinjut2 jugak mamat tu berjalan..terkoyak la seluarnya..kiri dan kanan
pastu kami nk bwk ke klinik..dia kata nk call wife dia..rupa2nya dia baru saja drop wife dia kat astro tu la kot..

itu saja cerita aku hari ini...
cuma aku rasa ..mamat tu bernasib baik..kak nin tlg angkat moto dgn pantas..bygkan kalo dia tersepit srg2 kat situ..hmmmmm..tak mo la bayangkan,.ngeri..

sbb tu aku takut sgt naik motor...licin sket dah tergelincir..

**suami saya ..tolong batalkan niat mu itu....**

Thursday, March 19, 2009

Mattel sales...coming back!

source



klik pic utk map penuh...

patutkah pegi?
nak pegi ke takkkkkk??? kat damansara pulak kali ni.
tp aku dah nekad tak mo beli toys lagi..

naza..pasaipa hang fwd kat aku ???

Maid : pro dan kontra

aku dok ym ngn member utm..dok tny pasal bibik.
Byk gak la org dok tny aku..tak nak amik bibik ker..since anak pon dah dua kan
Biras2 aku pon dok menghasut suruh aku amik bibik

Memang kalo ikut tu ..sama jer bayaran utk 2 org anak ngn bayar gaji kat maid..
tp aku belom bersedia utk ada org lain dlm rumah..hihi...

SEbab utama,aku takut dgr2 cerita org tentang maid ni..mcm2 kerenahnya..bercakap pasal maid mmg tak habis satu hari bercerita..

Ada pulak seronok jer tgk org ada maid..mmg bernasib baik dapat maid yg baik.rajin.paham bahasa dsb...pendek kata semua elok la..mcm aku tgk maid biras aku tu..wah bestnya ada maid!

Kwn aku dok bercerita ..ada maid kwn dia..ada 'bela'..sampai satu hari tu.benda tu merasuk maid tu smpai nk bunuh tuan rumah tu...owh sungguh menakutkan..

Yg best ada maid ni..org kata ..rumah terurus..balik keja tak yah bersilat sana sini

Aku skrg ni..ngn anak dua ni..balik keje..kalo aisya tak nangis..aku siram2 laman dulu,
pastu rileks2 ngn derang kejap..pas mandi smyg seme baru aku masak..kira dinner lambat sket la..kalo tak larat masak..sms jer asben suruh beli..

hujung minggu ..aku bersih rumah sendiri..malas dah nk hire part time tu..buat keje slow..4 jam tak cukop utk bersih umah aku..


Tu jer..ngomelan ku hari ni..

**maid dlm cete kat tv seme best2 jer...balik makan tersedia atas meja..wat keje cekap..**

Wednesday, March 18, 2009

Nuffnang's CTR rating


saja ja aku nak share ngn kwn2....walopun income nn aku tak le sehebat blogger2 yg glemer kan.. ni berdasarkan apa yg saya tahu lah yer..kalo salah tlg betulkan

first skali..camner nk dapatkan iklan berbayar kat blog kite.
derang akan tgk kite punya CTR rating tu..cuba tgk blog aku yg tu ada 5 bintang kan.ada 4 kan..
ha so chance utk iklan meter tu lagi tinggi lah

kalo tgk kat lagi satu blog tu..just 3 bintang..so mmg tak da iklan meter masuk pon..less visitor somemore

macam mana derang rate bintang?
contoh : jika jumlah visitor yg masuk 10 org,dan yg klik iklan tu 10 org..maka ctr kite tinggi la 100%
jika yg masuk 1000 org..tp tak da sapa klik iklan tu..maka CTR=0%
based on that ..derang bg bintang

antara 2 blog tadi yg 10 org visitor ngn 1000 org visitor..advertiser mestilah pilih yg ctr tinggi kan?
paham ker?

kalo tak paham..sila ym saya [anamusa80]...ahaks!willing to share even my income seciput..sikit2 lama2 jadi bukit :)

**marilah kite berklik2**

Tuesday, March 17, 2009

hose gas

atas permintaan geni nak tgk macam mana sambungan dan kedudukan tong gas kat dapur aku..
ni aku persembahkan ..
geni tertanya2 sebab bwh dapur aku tu ada drawer..so mcm mana letak tong gas?
jawapannya : tu haaaa letak sebelah tu..tgk gambar


pastu wat lubang utk hose tu kat kabinet
still tak menggangu sistem drawer tu
hose tu jugak dipasang siap2 oleh kontraktor kc ..kami just bwk tong gas smbg jer

alang2 amik gambor dapur..aku nk tayang jugak bekas ikea ni
suka!cute.igt nk beli lagi satu set..rempah kan byk jenis lagi..

Padang Kota Lama

menghabiskan sisa2 gambar yg ada
aku upload jer la..berupdate jugak blog aku :)

ni la suasana foodcourt padang kota...lama gilerrrrrrrrrrr aku tak pi
dulu2 masa keja kat tanah besar..slalu gak la gi lepak kat padang kota
best tau dulu2..walopon waktu tu gaji kecik..tp sonok la rasa..
tiap2 hari jumaat time rehat gi main bowling..
pastu weekend lak..merendek ngn housemate...naik moto kapcai tu...aku membonceng jer la
yg best tu ..bila lalu bridge..paham2 jer la..naik moto..rasa nk melayang jer
aku dah la sekeping time tu..sib baik la housemate aku tu berisi..so aku berlindung di sebalik badan dia la..kekeke..dia siap pesan lagi tu.."ana pegang kak tie kuat2" hihii
kenangan laluuuuuuuuuuu


kat padang kota..aku plg suka kerang bakar dia la...kering giler dia bakar..pastu kerang kecik2..
sedappp oo..pastu kuah dia manis2 pekat tu
time ni asben gi beli...aku tgu dlm kete ngn aisya..niat nk mkn kat situ tak leh lah..
dah la ujan..pastu dah nk maghrib..beli bungkus leh mkn kat umah ngn mak ayah



tp kali ni..kuahnya mcm lain sket...ermmmm..
byk giler kerang dia beli..ni baru 1/4 jer ni
pasembor nya pulak sudah ada macam2
dulu2 punya pasembor penang..cucur udang,timun,sengkuan n kuah kacang ..tu jer..

aku pantang mkn laksa skrg..sib baiiiiiiiik la dia tak beli...kalo tak jenuh meleleh la air liur ku!

Monday, March 16, 2009

Macam makcik kah?

aku nak merapu sket la petang ni..
baru pas meeting..kenyang mkn roti jala ngn spageti..nk mula wat keje liat sket..
sblm nk smbg keje..nak merapu sket :P

sebelum ni kan aku pakai spek..kalo tgk 2 3 entry sblm2 ni
kisahnya..aku tak sempat nak beli lens..stok lens dah habiss maa
maka pakai la aku spek ke ofis dan ke mana2..sblm ni aku pakai kat umah jer


bila kat opis..ada la srg mamat ni..dia jarang or tak penah tgk kot aku pakai spek
smpai tak perasan tu aku la..
skalik lalu "laaa ana ke ..tak perasan..pakai spek"
2 kali lalu "macam makcik2 la ana"

huh yg last ayat tu sgt menggoda jiwa ku!!!!ahak..
terus aku berniat dlm hati nk beli lens minggu ni jugak!
tak mo la jadi makcik2 sebelum usiaa :P

mak cik ana???no no no..kak ana..yes ...


sekian saja topik merapu saya..harap jgn marah entry tak berfaedah :P

Dari mata dia..

layan gambor
spesel from si bujang utk anda :)

meh tgk apa yg menjadi subjek yg dia fokus..
masa dia dok snap sana sini...kami dok berehat2 bwh pokok tu ler..
dia tu nk wat cubaan nk menghamiri pantai..sket2 dia pi..konon2 nk amik gambor la tu


gambor awan..subjek utama dia kot


ni..gambar pasir



ni tak tau la dia nk fokus apa

ni mungkin gambo daun kelapa tu


gambo laut


ni gambo yg tak jadi


dah jadi paparazi ko ek..seme gmabor org yg ada di situ dia amik



ni lagi..sib baik tak da org berasmara kat situ :P

lagi gambor org mana ntah
gambor mak pak dia mesti ada :) ..cam seni pulak aku tgk



ni la si tukang amik gambo tu!
tu pakai topi bapak..gambar berlatar kan pemandangan di padang kota lama
***mee udang tu ada kluar kat WARUNG KITA @ 105 ,730 jmaat aritu..mcm dirancang lak..ehhe..aku publish siang..mlm tu kuar lak kat tv
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin