Pada usia 2 tahun 3 bulan..anak saya aiman masih belum bercakap dalam ayat yg penuh.
Gabungan 2 patah perkataan dia boleh..tapi ada sesetengah perkataan masih disebut dengan keadaan pelat.
Contoh : mama,tadi aiman pegi kedai ..haa ayat gini dia tak boleh lagik
Tapi kalau saya mintak dia ikut cakap saya..dia boleh ikut satu2..tp ada jugak la yg pelat.
Contoh : mama,aiman nak susu ,tolong buat (saya nk latih dia buat ayat)
mama,mann nak cushu,yongg wat
kadang2 dia ingin bercerita tetapi seolah2 tidak terkeluar perkataan tu
Arahan dan percakapan saya dan suami semua difahami.
Saya ada jugak baca2 kat forum ..dan ingin jugak bertanya doktor kat forum alam hamil ni
..tetapi dah ada topik org bertanya..ada jawapan dari Dr.Ju tu..
"erm..memang sesetengah kanak-kanak mengambil masa untuk mula bertutur. anak saya sendiri mengambil masa 3 tahun setengah sebelum beliau bertutur dalam bahasa yang saya fahami, memanglah merisaukan, tapi sekiranya ia mendengar kata, aktif dan peka kepada persekitarannya, janganlah risau sangat.
walaubagaimanapun, saya sarankan puan berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak untuk memastikan beliau tiada masalah pendengaran. satu lagi, bawalah dia bergaul-gaul dengan kanak-kanak sebaya atau sedara mara yang seusia atau sedikit tua untuk memberi stimulasi pertuturan dan mengalakan ia bertutur untuk interaksi. "
Jadi,saya rasa saya nk bwk jmpa doktor jika pada umur 2 thn stgh masih belom bercakap penuh..Apa kata mama di luar sana?Ada pandangan yg boleh saya lakukan?Terima kasih.
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
-
Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah
jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah
pulak k...
1 month ago
11 comments:
huurmmm.. x tau nak cakap camne coz Danish la ni 5y pun masih lagi pelat especially K akan jadi cth makan akan jadi matan...as for Daneen 2y++ dah lancar tutur katanye..so we have the same problem i think..
aku blum ada anak (tp sibuk nak bg pendapat)..aku rasa..just give him time..mungkin sbb anak hg dok dgn babysitter..so pergaulan dgn kanak-kanak lain xbyk..mungkin la..aku mana reti bab anak2 nie..
ANis lak leh cakap dulu baru leh jalan. Sekarang ni pot pet pot pet kalah mak nenek. kami plak kena hati2 ckp sbb dia senang ikut je. Pernah skali dia kata kat abah dia " ish ..budak ni lah" pelat2 sket..tu bila time dia nk marah la tu..hihi..
ana, kalau nak anak bercakap, ibu bapa kena byk bercakap dgn anak tu..kalau bercakap dgn anak, pandang mata dia.. then elakkan bercakap one sided.. jangan kita aje yg bercakap. contohnya, cuba tanya dia soalan.. then pause untuk tunggu jawapan.. lama2 dia akan confident n mula berborak.. kena selalu2 buat 2 way conversation. Macam kita, Amy lambat cakap. Lepas tu kita try cakap dgn dia, pandang mata, then tanya soalan2. awal2 maybe dia x reply, tapi lama2 dia ok insyaAllah. Lisa skrg dah nampak macam gaya nak bercakap, sebab selalu berborak dgn dia. try la.
kirana..selalu ajak dia borak & tanya soalan. kak dinie pernah tengok program (dah lupa apa tajuknya)ttg bdk yg susah nak cakap (tp bdk tu 5 thn kalau tak silap) pakar kanak2 tu ajak main sambil excersize mulut & lidah. tu utk fleksibiliti otot mulut..& yg plg ptg kita jgn putus asa.kekdg bdk ni dia bukan tak boleh..boleh cuma ant cepat dgn lmbt je.. 1 lg jgn paksa @ marah masa kita ajak dia buat aktiviti semua tu :)
anak aku rajin bercakap. tp satu habuk aku xpaham.. huhu camne tu...
ana..suma budak lain2..nuqman pun lmbt boleh cakap..tapi skali dia lancar..amik hang skema anak aku..takde cakap pelat2..terus bahasa baku hehehe..dia leh cakap full ni umo dkt 3 thn gak.. jgn risau la..lagi satu..mungkin dia tak byk gaul ng budak besar2..dia dok ng pengasuh kan..bg dia bergaul nnti bole la tu..as long dia paham apa hg ng laki hang cakap..takde masalah aku rasa..dulu aku risau gak dia lmbt cakap..
lagi satu..hang borak kerap2 la ng dia..borak ng dia cam cakap ng org tua..so nnti dia takde la cakap pelat..jgn plak nk makan hg sebut mamam..nnti dia pun pakai ayat tu..hehe..tu cara aku la..aku mmg cakap ng anak aku cam org besar...ayat org besar hehehehe..
mumydasy,
tu la..ada org kata..anak laki lambat sket dr anak pmpn..
aida,
aa tu aku bg masa tgk smpai 2 thn stgh..perkembangan budak2 tak sama,
kt umah bbsitter tu ada budak2 dtg mengaji jugak ..
MA,
ada gak org kata..kalo jln dulu..ckp lambat n vice versa..hehe
nina,
aa betul..kite cuba tny soklan2 ngn dia..dia mcm kejap jawab..kejap tak..tp cam dia tak reti nk wat ayat tu
ok..nnt kite borak byk2 lagi hehe ..
k.dinie,
ok ..thanks for sharing..
k.dinie.nape ek..sy nk tgal komen kat blog akak tak leh?
naza,
mungkin belom tiba masa utk kau paham :P hehe
all..thanks for sharing :)
alhamdulillah iman tak pelat dari kecik, sebab memang saya dah prektis dia susun ayat, lagipon saya cakap ngan dia guna bahasa yang betul...kalu dengo dia cakap, takde sleng teganu....
latih banyak2, insyaallah aiman perbetulkan cakap nanti...
x leh nak letak komen kat blog akak? nape eh..akak pun bukan terer sgt bab2 ni... mmm nti akak siasat (cewah..)
Post a Comment