SOURCE
p/s:masing2 ada hak masing2 utk bersuara kan..so ni pendapat aku yerrrr..
PLUS tawar diskaun mulai 1 Januari
Wong Teck Chi Nov 18, 08 12:09pm
Semua kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi. >>>>aku keje siang..huhuhuhuh..kenapa nak kena ada waktu2 begini huhuhuhuuh cam tak ikhlas jer nk kasi diskaun
Pelancaran program insentif perjalanan PLUS itu bertujuan untuk memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuhraya di luar waktu puncak.
Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.
Bagi musim perayaan PLUS menawarkan 10 peratus bagi kenderaan ringan yang menggunakan lebuhraya PLUS antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.
Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam mana-mana enam hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari selepas satu-satu musim perayaan.
Tawaran ini juga akan berkuatkuasa dari 1 Januari depan sehingga 31 Disember 2010.
Manakala pengguna lebuhraya PLUS dan ELITE, yang menggunakan sistem bayaran tol elektronik dengan bayaran terkumpul minima sebanyak RM200 setiap bulan, pula bakal menikmati rebet sebanyak 5 peratus sebulan. >>yg ni ok la..walopon seket tapi ada gak disc dan kewajaran
Sebagai insentif
Rebet ini ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar dengan Program Loyalti PLUS (Plusmiles) yang akan dilancarkan sedikit masa lagi.
Tawaran ini akan bermula pada 1 Januari ini bagi pengguna kad Touch N' Go dan Smart Tag.
Menurut Pengarah Urusan PLUS Expressways Berhad, Noorizah Abdul Hamid, pelancaran program insentif perjalanan PLUS itu bertujuan memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuhraya di luar waktu puncak.
Menurutnya, melalui insentif pertama, pemandu yang menggunakan lebuhraya utara selatan dari plazo tol Jalan Duta ke plaza tol Ipoh Selatan, hanya perlu membayar tol sebanyak RM23.80 berbanding RM26.50 yang dikenakan sekarang.
Melalui insentif kedua pula, pengguna yang memandu pada luar waktu puncak pada musim perayaan, akan menikmati diskaun tol terkumpul hampir 20 peratus jika mereka menggunakan lebuhraya PLUS dan ELITE antara jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi.
Sebagainya perjalanan sehala dari plaza tol Jalan Duta ke plaza tol Ipoh Selatan hanya perlu membayar kira-kira RM21.40 berbanding RM26.50 sekarang.
why aku tepek benda ni?sbb aku pengguna PLUS hari2 ..senawang-sg besi ...boleh kira brp dpt jimat kalo dia bg diskaun tak kira waktu....huhuhuhhuu sedihnya aku diperlakukan begini
sib baik minyak dah turunnnnnnnnnn kannnn...
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
-
Aku tengah rasa seronok nak menulis hari ni, dan feeling macam ni dah
jarang-jarang sampai. Tapi bila sampai, kau kena layan dia. Dah macam dadah
pulak k...
1 week ago
8 comments:
tuhla na...nasib minyak dah turun kan...alhamdulillah...lagi semangat nak dok Nilai nih...
adakah dia nak suruh kita ni kuar jalan2 waktu malam ker? menambahkan gejala sosial... apalah..pak menteri nie..baik toksah bg langsung..
diorang pun pandai ...berapa ramai sangat yang keluar waktu malam...
tu la kan..bagi diskaun cam tak mo bagi..ni hasil kajian berbulan2 rupanya ..hampagas sungguh!
time org tido sapanya nk pakai hiway...sengal!
sian ko ana. Sabar je lah. Kita kan golongan marhein. Huhu...
derang wat keputusan tu tak pikir ke yang kiter ni ada otak? anak2 buah pokleh ni memang dah serupa pokleh jugak. buat keputusan macam la kiter rakyat mesia ni tak sekolah belajo matematik. cuma tak belajo dalam bahse ingris jek...
ana,
diorg nak galakkan lorries sbnrnya.supaya jalan time malam jgn nyibuk time org gi keje...
mai,
rasanya disc tu utk kenderaan ringan jer kan...
tak yah la wat waktu2 gini..cam telco provider lak kekdahnya..
Post a Comment