kerana takut... | CORETAN MAMA AIMAN & AISYA
Generated image

Monday, August 4, 2008

kerana takut...

arini aku dok search pasal UTI dan diabetes..takut punya pasal..
aku dok chat kwn aku tu...aku bgtau reading gula dlm darah aku 8.1 selepas mkn nasi lemak ..
dia kata tu tinggi..aku kata doc ckp normal sbb pas makan...maka aku pon telah search..
apa2 pon aku kena jaga2 pas ni..



Ujian Pengesahan Diabetis ( RUJUK DI SINI )



Bagaimanakah doktor dapat mengesahkan bahawa seseorang itu benar-benar mengalami diabetis? Ya, sudah tentulah melalui ujian makmal. Antara ujian-ujian diagnostik itu adalah seperti berikut:

1. Ujian Aras Glukosa Darah
Apabila anda ke klinik, doktor akan mencucuk jari anda untuk mendapatkan sedikit darah, ataupun mengambil sedikit darah untuk diperiksa tahap gula di dalamnya. Biasanya, keputusan dapat diperoleh dalam tempoh yang singkat. Gula dalam darah yang banyak ini akan masuk ke dalam buah pinggang. Apabila terlalu banyak, anda berasa kerap untuk buang air kecil, dan ini sudah tentulah akan menyebabkan anda kerap berasa haus!


2. Ujian Air Kencing
Aras gula yang tinggi dalam air kencing juga menjadi petunjuk bahawa anda mengalami kencing manis, tetapi ujian ini tidak begitu tepat, kerana lain orang, lain pula tahap gula darahnya yang diperlukan untuk muncul di dalam air kencing. Walau bagaimanapun, ujian air kencing ini sangat penting untuk mengukur jumlah keton, bahan beracun yang dihasilkan jika aras gula dalam darah sangat tinggi!

3. Ujian Glukosa Darah Selepas Puasa
Ujian ini paling berkesan untuk mengesahkan diabetis. Anda hanya perlu berpuasa pada sebelah malam (l0 hingga l6 jam) dan keesokan harinya, doktor akan mengambil sampel darah dan menghantarkannya ke makmal untuk dianalisis. Bagi orang yang sihat/normal, bacaan aras gulanya ialah kurang 6.0 mmol/liter.

4. Ujian Glukosa Darah Rawak (aku wat ujian ni..bacaan 8.1 )
Adakalanya sampel darah secara rawak menunjukkan kandungan glukosa darah terlalu tinggi (melebihi 11.l mmol/liter), dan orang itu memang sah mengalami diabetis. Namun ada masa-masanya pula, bacaan antara 7.8 - 11.1 mmol/liter itu tidak semestinya menunjukkan orang itu mengalami diabetis. Ini kerana, aras gula dalam darah mungkin meningkat, terutama selepas menikmati sesuatu hidangan.

5. Ujian Toleransi Glukosa Oral
Anda perlu berpuasa sepanjang malam, tetapi tidak melebihi l6 jam, dan pagi-pagi esoknya sampel darah anda akan diambil untuk ujian. Mula-mula, glukosa darah diuji. Kemudian, anda diberi 75 gram minuman glukosa yang manis. Selepas l jam, sampel akan diambil lagi untuk mengukur aras gula dalam darah, dan ini diteruskan l jam lagi selepas itu. Ujian ini mengukur aras gula dalam darah sebanyak 5 kali dalam tempoh 2 jam. Bagi orang yang sihat/normal, aras gula akan meningkat dan kemudian menurun dengan cepat, tetapi bagi orang yang menghidap diabetis, aras gula akan meningkat lebih daripada biasa dan tidak akan turun secepat itu.

1 comment:

NaZa said...

pasni minum air masak banyak2. kena abihkan 8liter air 1hari. ekkeke

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin